Friday, October 23, 2009

Hari ni 23/10/09 bersamaan 4 zulhijah. Dah banyak penerbangan yang berangkat ke tanah suci. Baru-baru ini ada dilaporkan sekarang ini pihak Arab Saudi sedang rancak menyiapkan projek monorel yang boleh membawa penumpang sebanyak 73000 orang setiap jam dari Mekah ke Madinah.Monorel ini juga akan melalui mudzdalifah dan mina. Jadi mudahlah sedikit jemaah haji untuk bergerak. Kontraktor yang mendapat projek gergasi ini adalah dari negara Cina dan projek dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2011. Sekarang ini pun kawasan masjidil haram sedang mengalami pembesaran. Nampaknya walaupun teknologi negara Cina masih diragukan tetapi Arab Saudi telah memberi kepercayaan kepada mereka. Ini satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi mereka kerana kos adalah berbilion dolar.

Saya tetarik membaca berita semalam tentang penemuan ubat kanser dari daun misai kucing oleh penyelidik dari bahagian farmasi USM. Menurut kajian mereka ubat ini sangat berkesan dan tak akan ada kesan sampingan sperti ubat yang sedia ada. Kos juga akan lebih jauh murah dari ubat-ubatan yang sedia ada. Kos perubatan bagi kanser lebih dari RM 8000 sebulan tapi dengan ubat yang baru ditemui ini hanyak RM 80 sebotol.Jadi sebulan akan jauh lebih murah. Penyelidikan baru selesai pada peringkat ujikaji pada haiwan dan setelah ini perlu dilakukan ujikaji pada manusia pula.Jika ini b erjaya mereka perlu mencari syarikat yang sanggup mengeluarkan ubat ini secara komersial. Tentu perlu kajian yang lebih mendalam dari segi feasibility. Kos penyelidikan dijangka menelan belanja RM 1.5 juta. Sebenarnya kos inilah yang menjadi isu utama yang menghambat penyelidik di negara membangun untuk membuat penyelidikan baru.
Sebab itu pengeluaran ubat-ubatan baru dikuasai sepenuhnya oleh negara maju kerana mereka mempunyai dana yang cukup. Jadi ubatan baru yang dikeluarkan akan di paten selama 20 tahun dan mereka akan menguasai pasaran selama tempoh tersebut.Negara Singapura sanggup berbelanja besar untuk membawa saintis dari luar dan membenarkan mereka menetap di Singapura dengan gaji yang sungguh lumayan. Artinya Singapura sudah mendapat pakar yang siap untuk menjalankan kajian. Cuma memberi mereka kemudahan dan gaji yang istimewa. Jadi kos untuk melatih pakar sain tak perlu dikeluarkan. tau taunya dapat pakar yang sudah siap untuk digunakan.
InsyaAllah besok kita sambung.
Wassalam

No comments:

Post a Comment