Thursday, October 22, 2009

Hari ni 22/10/09 bersamaan 3 zulhijah
Sewaktu saya sedang menunggu untuk check in di stansted airport London saya terjumpa seorang rakyat British keturunan Tionghua yang sebenarnya berasal dari Malaysia. Menurut keterangan beliau dia mula menetap di kota London sejak 30 tahun yang lalu. Diapun nak terbang sama menggunakan airasia kerana ibunya sakit kuat di Pulau Pinang. Saya ada bertanya kenapa tak pindah saja ke Malaysia kerana sekarang beliau menetap di London sendirian kerana dah berpisah dengan isterinya dan anak-anaknya pula telahpun bekerja . Menurutnya beliau menunggu sehingga berumur 65 tahun untuk mengeluarkan EPF .Lepas tu dia akan jual rumah dan kembali semula ke Malaysia. Harga rumah di London sangat mahal. Paling murahpun 300,000 paun dan jika di tukar ke ringgit akan dapat lebih dari 1.5 juta. Cukup mewah untuk memulakan hidup baru.
Tahun lepas sewaktu saya baru tiba dari Manila saya juga terjumpa dengan seorang rakyat Amerika yang berasal dari Malaysia yang telah menetap di sana selama lebih 25 tahun. Dia juga bercadang untuk kembali menetap di Malaysia setelah semua anaknya selesai bersekolah. Ini lah yang dinamakan hujan emas di negara orang hujan batu dinegara sendiri, lebih baik negara sendiri.
Hidupni memang tidak sunyi dari dugaan dan cubaan. Bila kita muda semangat masih tinggi .Jadi semua kehendak dituruti hingga sanggup meninggalkan kampung halaman untuk mengejar kesenangan .Waktu kita muda banyaklah orang yang mahu tapi bila dah tua sedar sedar dirilah. Kalau banyak wang tak apa tapi kalau hanya cukup untuk hidup sulitlah jadinya apa lagi jika kahwin dengan orang asing. Kepandaian kitapun hanya dipakai bila kita muda tapi bila dah tua kita tak akan dipedulikan lagi apa lagi jika menetap di negara orang. Budaya hidup tak sama antara kita dengan mereka.
Malam tadi saya menonton rancangan 360 . Kisah yang dipaparkan adalah kegiatan menghidu gam dikalangan remaja kita. Hai masalah ini dah lama berlaku tapi pihak yang berwajib tidak ada kuasa untuk menangkap mereka kerana gam boleh dibeli dimana sahaja tanpa sekatan. Gam ini mengandungi bahan toksik seperti toluen, nitrous oxide butain dan sebagainya yang boleh merosakkan sel-sel otak, hati , jantung dan buah pinggang. Sebab tu tak heran bila salah seorang bekas penagih yang menceritakan dia berhenti menghisap gam bila melihat kawannya mati dengan mulut berbuih . Bahan kimia dalam gam akan meresap masuk ke dalam sel sel membrane pada otak. Akibatnya boleh menimbulkan hayal pada si penghidu gam tersebut. Oleh kerana bahan ini toksik dia akan merosak sel-sel yang kontak dengan bahan tersebut dan dalam jangka panjang boleh menyebabkan kecacatan kekal seperti kerosakan organ, kanser dan mati mengejut.
Tapi apa langkah kita untuk mengatasi masalah ini. Sebagai rakyat kita sangat bimbang terutama jika anak-anak kita sendiri yang terlibat. Sama-samalah kita memantau pergerakan mereka. Tentukan mereka berkawan dengan rakan-rakan yang baik. Pastikan didikan agama diberi secukupnya kerana ini sajalah benteng diri yang ada. Pihak berkuasa sepatutnya mula memikirkan untuk mengawal penjualan bahan ini. Memang sulit kerana bahan ini diperlukan di mana saja. Tapi harus ada usaha yang serius kalau tidak generasi kita yang akan datang akan menjadi sampah masyarakat.
Sewaktu saya masih di Dublin ada dilaporkan dalam TV dan akhbar tentang kematian seorang penyanyi terkenal mereka. Dia ni mati di Sepanyol. Dari laporan bedah siasat didapati ada kandungan cannabis dalam darahnya. Beginilah rumitnya hidup . Ramai orang yang merosak diri dengan bahan-bahan yang sebegini terutama alkohol, dadah dan yang terbaru gam. Jangan lupa barang yang paling banyak digunakan adalah rokok yang telah menyebabkan kematian jutaan manusi. Tapi isu ni sensitif kerana banayak pihak yang terlibat. Pilihan di tangan kita.
Wassalam

No comments:

Post a Comment