Friday, October 30, 2009

Hari ni 31/10/09 bersamaan 12 zulhijah.
Dalam bahasa Melayu ada beberapa perkataan yang pelik tentang makanan dan tentang penyakit. Dalam lagu nyanyian pelawak Jalil ada disebutkan tentang makanan pelik-pelik, tahi minyak tahi itik, ikan parang selar papan, batang buruk cocor kodok, jambu batu belimbing besi,pucuk paku ubi kayu.
Dalam bidang medik juga ada beberapa istilah pelik seperti berikut:
-darah tinggi untuk penyakit hypertension
-kencing manis untuk diabetes mellitus. Diabetes ada dua jenis iaitu diabetes mellitus kerana
kekurangan insulin dan diabetes insipidus kerana kekurangan anti diuretic hormone
-semput untuk penyakit asthma
-batuk kering untuk penyakit Tuberculosis
-gila babi untuk penyakit epilepsy
-campak untuk penyakit measles
-cacar untuk penyakit smallpox
-paru-paru berair untuk pneumonia
-senggugut untuk dysmenorrhoea
-penyakit kura-kura untuk thyphoid
-kurang darah bila haemoglobin rendah
-masuk air bila diberikan IV drip
-reput tulang untuk osteophorosis
Dan mungkin ada lagi yang saya tak tahu

Di negara kita banyak orang yang menderita darah tinggi atau hypertension. Tekanan darah diukur menggunakan bacaan systolic/diastolic dalam mmHg. Apabila jantung mengepam darah keluar dari jantung ia akan memberi tekanan kepada dinding artery tempat darah mengalir. Bila jantung mengepam darah keluar melalui artery maka tekanan pada dinding artery di sebut systolic. Apabila artery menguncup kembali setelah selesai mengalirkan darah maka tekanan pada dinding artery disebut diastolic. Tekanan inilah yang diukur dalam ukuran mmHg.Bagi orang muda tekanan darah yang normal adalah 120mmHg/80mmHg. Bila usia meningkat ia akan naik kepada 130mmHg/90mmHg dan seterusnya menjadi 140mmHg/90mmHg. Jika tekanan melebihi angka ini maka disebut darah tinggi atau hypertension.Apa akan jadi jika tekanan yang tinggi tidak diturunkan. Seseorang yang mengalamai tekanan terlalu tinggi akan menghadapi kemungkinan serangan jantung secara mendadak ( AMI) atau mendapat stroke iaitu bila pembuluh darah ke otak pecah. Jadi tekanan darah yang tinggi ini perlu diturunkan segera menggunakan ubat-ubatan .
Seseorang yang telah disahkan menghidap penyakit darah tinggi perlu mengambil tindakan berikut:
-makan ubat sesuai arahan doktor
-menjaga diet
-melakukan senaman secara tetap
Rokok perlu dihentikan serta merta kerana setiap kali merokok nikotin yang ada dalam rokok akan menyebabkan saluran artery mengecil dan ini akan meningkatkan tekanan darah.Pada peringkat awal doktor akan menasihatkan pesakit untuk menjaga diet dan melakukan senaman secara tetap dan melihat kesannnya untuk beberapa bulan sama ada tekanan darah boleh kembali normal ataupun tidak. Jika tak juga turun maka doktor akan memberikan ubat yang paling ringan iaitu diuretic. Ubat ini akan meningkatkan pengeluaran sodium, calcium dan chloride melalui urine. Bila elektrolit ini banyak dikeluarkan dari darah maka tekanan darah akan turun.Jika tidak berkesan maka akan ditambah beberapa ubat lain. Saya akan huraikan dikeluaran akan datang. Sampai jumpa lagi. Wassalam

No comments:

Post a Comment