Monday, October 26, 2009

Hari ni 27/10/09 bersamaan 8 zulhijah.
Semalam cuti umum di Negeri Sembilan sempena pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Seronok juga dapat cuti sekali sekala. Lepas subuh tu boleh lah riadah. Di Malaysia ni dilaporkan sebahagian besar rakyatnya malas nak beriadah. Saya tidak ada maklumat terperinci berapa peratus sahaja rakyat Malaysia yang melakukan riadah secara tetap. Riadah yang dimaksudkan adalah melakukan pergerakan badan secara berterusan minimum 30 minit. Tak kiralah apa bentuk riadah yang dilakukan sama ada berjoging, berjalan, bersenam, bersukan, berbasikal, berenang, turun naik tangga dan sebagainya. Alasan yang biasa diberikan adalah kerana kesibukan kerja. Mungkin ada juga betulnya. Maklumlah pergi kerja sebelum masuk subuh dan balik rumah selepas isya'. Banyak masa dihabiskan dijalanraya yang sentiasa sesak apa lagi di KL. Banyak juga yang berulang dari Seremban untuk bekerja di KL. Kalau kita betul-betul perihatin tentang riadah ni masih ada cara lain yang boleh dilakukan. Kalau pejabat kita bertingkat jangan gunakan lift tapi gunakanlah tangga untuk bergerak. Turun naik tangga pun dah cukup. Kalau parking kereta biarlah jauh sikit supaya kita dapat berjalan. Orang kita ni dah menjadi kebiasaan suka parking dekat dengan tempat yang dituju. Kalau nak kepasar tu walaupun sesak masih juga berasak-asak nak dekat dengan pasar. Apa salahnya parking jauh sikit dan jalan kaki. Hatipun senang, tak tension dan kitapun boleh berjalan kaki.
Riadah ni penting untuk kesihatan kita. Bila kita beriadah darah akan mengalir keseluruh tubuh termasuk ke hujung tangan dan ke hujung kaki. Kalau anda sedang berjalan contohnya cubalah rasa tapak tangan mesti terasa keras kerana darah mengalir ke dalamnya. Untuk yang berpenyakit kronik seperti diabetes dan hypertension, riadah ni adalah salah satu keperluan. Di samping makan ubat dan menjaga diet riadah akan membantu mengawal penyakit. Sebagai contoh bagi pengidap diabetes punca utamanya adalah kerana jumlah insulin yang dikeluarkan oleh badan tak mencukupi dan reseptor pada sel juga tidak sensitif pada insulin tersebut. jadi bila melakukan riadah reseptor akan lebih sensitif kerana peningkatan efisiensi insulin yang memindahkan glucose dari darah masuk ke dalam sel-sel. Dengan cara ini jumlah glucose dalam darah dapat diturunkan dan sel-sel mendapat bekalan gula yang mencukupi. Jika glucose tak masuk ke dalam sel maka ia akan merosakkan saluran darah artery dan ini akan menimbulkan komplikasi jangka panjang. Dari pengamatan saya ramai pesakit diabetes yang mendapat komplikasi seperti kerosakan buah pinggang, buta mata malah ada yang dipotong kaki kerana komplikasi diabetes walaupun mereka masih muda di bawah usia 40 tahun. Bila kita beriadah juga jantung kita akan mampu mengepam darah secara lebih sistematik, otot jantung akan bertambah kuat dan pengaliran darah ke seluruh badan menjadi lebih sempurna.
Riadah yang paling akbar adalah Solat. Bila kita solat seluruh badan akan bergerak, dari berdiri, rukuk sampai sujud. Sudah ada kajian yang dibuat secara saintifik tentang kebaikan solat ni dari segi kesihatan tubuh badan. Malangnya dari kajian yang dibuat beberapa tahun lepas hanya 10 % muslim di Malaysia yang solat secara sempurna. Artinya solat lima waktu. Yang selebihnya tu ada yang solat ikut Dan dan ramai yang langsung tak solat. Saya tak pasti tentang kesahihan statistik ini tapi jika kita lihat suasana di surau mungkin ada betulnya data tersebut. Kalau solat magrib tu paling banyak dua saf. Tapi kalau subuh dapat satu safpun dah cukup baik. Yang penuh cuma solat jumaat. Kalau solat sunat aidilfitri tu baru melimpah ruah.
Dalam kontak "the world is flat" ada disebutkan cerita tentang pengendalian tusyen melalui komputer. Banyak rakyat Amerika yang mengikuti tusyen melalui komputer dan guru mereka berada di India. Sang guru akan menghadap komputer dan menggunakan ear phone untuk menyampaikan pembelajaran pada murid mereka yang sedang berada di Amerika. Seorang guru matematik akan berada di depan komputernya tepat pada 4.30 pagi dan pada waktu yang sama sang murid yang berada di Amerika juga akan berada di depan komputer . Waktu itu adalah waktu petang di Amerika.Guru akan mula mengirim maklumat kepada murid menggunakan komputer dan murid akan mula berinteraksi. Jadi bermulalah proses pembelajaran melalui komputer. Kalau perlu mereka berkomunikasi mereka akan menggunakan ear phone. Proses pembelajaran ini akan berjalan selama 1 jam dengan bayaran RM 30 untuk satu jam. Jadi murid berada di Amerika dan guru berada di India. Menurut tinjauan yang dibuat ibubapa murid yang berada di Amerika sungguh puas hati dengan cara tusyen yang begini kerana kosnya murah dan murid tak perlu menghadirkan diri ke kelas tusyen. Jadi jimat waktu dan keselamatan murid terjamin. sebenarnya banyak guru tusyen di India yang menawarkan khidmat yang sebegini. Di negara kita apakah sudah ada tusyen yang begini. Saya tak ada sebarang maklumat tentang perkara ini. Yang biasa adalah tusyen di kelas di mana murid perlu hadir atau guru tusyen datang ke rumah. Jadi masih lagi dalam kontek tusyen secara fisikal. Mungkin sudah sampai waktunya guru-guru tusyen menawarkan khidmat melalui internet. Kalau kita ingin masuk ke dalam kelompok the world is flat maka beginilah caranya . Kalau tidak the world is still round.
Wassalam

No comments:

Post a Comment