Thursday, October 29, 2009

Hari ni 30/10/09 bersamaan 11 zulhijah.
Semalam saya menghadiri kursus Kualiti di IJN. Saya berangkat dari Seremban tepat jam 6.45 pagi dan sampai di IJN jam 7.45 pagi. Perjalanan cukup lancar cuma menjelang sampai ke tol Sungai Besi jalan mulai sesak. Macam biasa bila dah lepas tol langsung ambil jalan smart tunnel. Kalau ikut jalan lama tak mungkin akan sampai pukul 7.45 pagi. Kalau nak ke KL pastikan perlu sampai di tol Sungai Besi sebelum jam 7 pagi jika tidak sesaklah jawapnya. Saya memang tak pernah kerja di KL dan memang tak ada minat untuk bekerja di sana. Saya memang tak selesa jika jalan sesak setiap hari. Tapi anehnya bagi mereka yang dah menetap di KL mereka tak mahu pindah ke tempat lain kerana katanya tak ada life. Entahlah. Manusia ni memang macam tu , alah bisa tegal biasa.
IJN sekarang sudah jauh berubah. Bangunan baru dah siap dan cukup cantik serta besar. Menurut berita jumlah katil sudah melebihi 400 buah. Artinya permintaan untuk rawatan jantung cukup tinggi. Dewan persidangan yang ada di IJN cukup baik setaraf hotel. Dewan utama seperti dewan kuliah di universiti. Setelah pembentangan kertas kerja utama peserta dibahagi kepada empat kumpulan yang diasingkan di empat buah bilik kuliah. Fasiliti yang sebegini tak banyak terdapat di hospital. Jadi saya rasa sudah sampai masanya semua hospital menyediakan kemudahan yang sebegini kerana di samping tempat berubat hospital juga adalah tempat untuk mendapatkan penerangan dan pendidikan tentang penyakit.
Yang menarik hati saya tentang IJN adalah logo baru nya "IJN caring beyond your heart". Apa maksud tentang kalimah ini saya kurang pasti. Kalau nak tahu kena tanya orang IJN.
Penyakit jantung ni boleh dibahagi kepada dua iaitu:

1. Penyakit bawaan dari kecil. Dalam istilah medik disebut congenital heart disease
2. Penyakit mendatang iaitu penyakit yang datang kemudian kerana pola hidup manusia. Tentang penyakit yang mendatang ni puncanya kerana kesilapan manusia. Makan ikut DAN, tak peduli banyak lemak ke, berlebihan gula ke, berlebih garam ke, seimbang ke tidak makanan tersebut semuanya ditelan. Lapar ke tak lapar ke makan terus. Kalau ada seminar paling kurang 5 kali makan. Bila tabiat ini berterusan maka saluran darah ke jantung mula tersumbat oleh lemak dan menjadi keras. Keadaan ini disebut arterosclerosis. Bila dah tersumbat jalan sikit atau angkat barang berat sikit maka nafas menjadi sesak dan dada terasa sakit. Kalau nak confirm kena buat angiogram menggunakan cathlab. Cardiologist akan memasukkan catheter kedalam saluran darah menuju ke jantung sama ada melalui pangkal peha atau pembuluh darah di tangan. Lepas tu akan dilepaskan bahan kimia untuk mengesan tempat yang tersumbat. Kos untuk angiogram berkisar antara RM 5,000 hingga RM 6,000 ribu. Bila pembuluh darah tersumbat cardiologist akan mencadangkan untuk memasang stenting .Kos untuk satu stent antara RM 10 ribu hingga RM 15 ribu tergantung jenis. Yang mahal adalah stent yang menpunyai ubat di dalamnya. Ubat ini akan dilepaskan kedalam darah secara perlahan-lahan dan tujuan ubat ini adalah untuk mengelakkan penyumbatan kembali saluran darah yang telah di pasang stent. Biasanya stenting akan dibuat bila ada satu atau dua pembuluh darah yang tersumbat. Tapi jika dah tiga atau lebih cardiologist akan mencadangkan agar jantung di bedah iaitu by pass. By pass artinya saluran darah baru dibuat dengan mengambil saluran darah dari kaki.Yang tersumbat tu di biarkan saja dan setelah dipintas maka darah akan mengalir ke dalam saluran baru dan saluran yang tersumbat tidak lagi mempunyai fungsi.Pembedahan dilakukan oleh cardiac surgeon.

Di samping pemakanan ,faktor riadah amat penting. Saya sudah menyentuh tentang perkara ini beberapa hari yang lepas.Disamping tersumbat jantung juga banyak penyakit yang lain seperti lemah jantung kerana otot kanan sebelah bawah sudah membengkak kerana kesan dari darah tinggi yang tidak dikawal. Bila seseorang itu mempunyai darah tinggi maka darah yang di pam keluar oleh jantung tak boleh mengalir sempurna dan sebahagian akan ditendang balik .Lama kelamaan otot bawah seebelah kanan akan membengkak dan jantung menjadi lemah. Diabetes juga akan merosakkan saluran darah terutama artery kerana gula yang sepatutnya dipindahkan dari pembuluh darah ke dalam sel-sel tidak mampu dibawa masuk kerana insulin tidak efisien. Akibatnya gula tinggal di dalam saluran darah dalam jumlah yang melebihi paras yang sepatutnya dan merosakkan saluran darah tersebut. Salah satu faktor lagi adalah merokok yang boleh menimbulkan berbagai komplikasi termasuk kepada jantung. Tapi usaha memerangi tabiat rokok ni sangat sukar kerana jumlah manusia yang terlibat tersangat besar dan merupakan industri gergasi yang menguasai dunia.
Jantung juga boleh mengalami masalah denyutan yang tak teratur atau dalam istilah medik disebut arrythmia. Bila denyutan cepat maka disebut tachycardia dan bila denyutan lambat disebut bradychardia. Nanti saya akan menghuraikan sedikit demi sedikit tentang ubat-ubatan untuk sakit jantung.

Menyambung tentang cerita "World is Flat". Di India selain banyak syarikat yang menawarkan pembuatan software program komputer, tusyen melalui on line, tax return melalui online terdapat juga syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk menyediakan presentation bagi sesuatu kertas kerja. Cukup diberikan tajuk kertas kerja kepada mereka dan pekerja syarikat akan membuat carian bahan dan menyediakan kertas kerja tersebut dalam bentuk presentation dan mengirimkannya balik kepada orang yang memesannya. Jadi cukup senang kerja mereka yang ada duit. Tak perlu bersusah payah mencari bahan rujukan. Inilah dia kuasa duit. Apakah kita di Malaysia sudah mampu menyediakan perkhidmatan yang seperti ini. Entahlah kerana saya tidak mempunyai sebarang maklumat.
Wassalam

No comments:

Post a Comment