Wednesday, October 7, 2009

Hari ni 8/10/09 bersamaan 19 syawal. Besok ada dua undangan open house. Malam tadi saya menghadiri kenduri dirumah jiran, zikir sampai pukul 11 malam. Gitulah bulan syawal ni masih meriah .
Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita di TV dan akhbar tentang dewan sekolah yang dibakar oleh murid. Ini sungguh luar biasa .Siapa yang punya angkara. Anak sekolah yang masih muda belia dah melakukan jenayah yang sebegini. Apa puncanya. Yang pasti siapa yang melakukan itu sudah hilang kawalan diri. Ini yang saya sebut semalam kerana masalah stress akibat dari ketegangan yang luar biasa sehingga bertindak nekad tanpa memikirkan akibatnya. Yang pasti si pelaku akan ditangkap oleh pihak yang berkuasa dan jika terbukti bersalah oleh mahkamah maka akan dijatuhkan hukuman. Jadi gelaplah masa depan hanya kerana kegagalam mengawal emosi dan nafsu amarah.Di zaman keagungan pemerintah Islam dulu tercatit dalam sejarah bagaimana seorang panglima perang bernama Muhamad Kossim yang cuma berusia 17 tahun menjadi panglima perang dan berjaya menakluki negeri Sind di India. Artinya usia sebegini sudah cukup matang untuk memikul tanggungjawab.

Meyambung cerita semalam tentang ubat-ubatan yang bekerja pada sistem saraf pusat atau Central Nervous System. Ubat-ubatan yang bekerja di CNS bertindak melalui dua cara iaitu:

-merangsang sistem CNS
-menekan sistem CNS

Ubat-ubatan yang menekan CNS telah saya sebutkan semalam seperti benzodiazepin yang digunakan oleh Jacko. Bagi ubat-ubatan yang merangsang sistem CNS ini yang paling popular adalah golongan cocaine,amphetamin atau yang mirip dengannya seperti ectasy dan ice. Ubat ini bila digunakan akan bertindak langsung pada CNS sehingga orang yang mengambilnya akan merasa kesegaran yang luar biasa dan tidak mengantuk. Perasaan ini disebut "sense of well being". Mereka juga merasa diri mereka cukup kuat dan boleh melakukan apa saja. Istilahnya bila mereka berada di puncak bukit mereka merasa boleh terbang seperti burung. Perasaan ini sangat merbahaya kerana memberikan perasaan yang diluar realiti. Bayangkan jika orang tadi terjun dari gunung tersebut tentulah dia akan menemui ajalnya.Dilaporkan juga banyak mat rempit yang mengambil ubat ini untuk berlumba kerana mereka sudah tidak lagi merasa takut dan inilah yang menyebabkan terjadinya kecelakaan maut. Pernah juga dilaporkan pemandu lori dan bas yang perlu memandu dalam masa yang lama juga mengambil ubat ini untuk menghilangkan mengantuk. Kes sebegina sudah banyak menimbulkan kemalangan maut kerana mereka memandu dalam keadaan hayal dan di bawah pengaruh ubat.
Pengambilan ubat sebegini akan menyebabkan ketagihan. Contoh penting dalam hal ini adalah Maradona, lagenda bolasepak. Beliau ketagih mengambil cocain dan terpaksa berubat selama enam bulan di Cuba untuk menghilangkan ketagihan ini. Sekarang kitapun tak pasti apakah beliau telah pulih sepenuhnya.
Di negara kita bahan ini di kawal di bawah akta Dadah Merbahaya 1952 yang boleh dijatuhkan hukuman gantung mandatori sama seperti heroin, morfin, ganja dan sebagainya.
Ubat-ubatan dalam golongan ini lebih mudah diambil kerana dijual dalam bentuk tablet yang langsung boleh ditelan.
Jumpa lagi. Wassalam .

No comments:

Post a Comment