Thursday, October 8, 2009

Hari ni 9/10/09 bersamaan 20 syawal. Cuma tinggal 9 hari lagi syawal akan hilang meninggalkan kita. Yang masih belum puasa enam bersegeralah mengejar bonus yang dijanjikan Allah. Bukan sedikit dengan enam hari ni akan dianggap kita berpuasa selama satu tahun.
Semalam dalam berita ada diceritakan bagaimana seorang hamba Allah yang terselamat dari runtuhan hotel sewaktu gempa di Padang. Dia ni sedang mengikuti kursus di hotel tersebut dan waktu rehat dia keluar minum di luar kerana harga makanan di hotel lebih mahal. Biasalah tu .Di sinipun macam tu harganya. Sebaik sahaja dia keluar terjadi gempa bumi dan melihat sendiri bagaimana bangunan hotel tersebut runtuh keseluruhannya.Bayangkan kalau dia masih berada di dalam hotel tentu diapun akan tertimbus oleh runtuhan hotel tersebut. Jadi terselamatlah dia.
Minggu lepas ada dilaporkan kejadian di mana seorang penggali kubur yang sedang menyiapkan lubang untuk jenazah yang akan dikebumikan tiba-tiba ternampak satu mayat yang masih utuh. Beliau memberanikan diri membuka kain kapan yang menutupi mayat berkenaan. Bila dibuka didapati keadaan mayat masih utuh walaupun telah dikebumikan lebih dari 30 tahun.
Pagi tadi saya mendengar berita tentang seorang wanita yang terselamat setelah terjatuh dari tingkat 12 bangunan.
Apa pengajaran yang kita dapat. Artinya kehidupan manusia ini Allah yang atur. Sebab itu dalam rukun Iman kita wajib percaya tentang Qada' dan Qadar. Setiap kejadian sama ada baik atau buruk adalah ketentuan Ilahi. Jadi manusia perlu menerima hakikat ini dan jika dihayati sepenuhnya maka tak akan menjadi stress dalam kehidupan ini. Kecewa sebentar bila ditimpa musibah itu adalah wajar tetapi jika berpanjangan sehingga putus asa atau merosakkan diri maka itu tidak sesuai dengan agama kita. Apa lagi jika menyalahkan Tuhan di atas musibah yang menimpa kita.
Sebagi orang yang beriman kita ada cara untuk menyelesaikan tekanan hidup. Jadi tak perlu bergantung dengan ubat untuk menghilangkan stress. Nabi mengajarkan kita supaya sabar dan sentiasa berdoa agar semua masalah yang dihadapi boleh diselesaikan. Kuncinya jika ada masalah mengadulah pada Allah. Tak payah nak bergantung dengan manusia. Meminta pendapat teman tu wajar sahaja tetapi keputusan di tangan kita. Jadi bagaimana untuk membuat keputusan terbaik, ya tentu mengadu dengan Allah. Caranya solat .Kita diajar untuk melakukan solat, banyak membaca al Quran dan berzikir. Insya Allah hati akan tenang dan hidup akan bahagia. Bukan mencari bahagia dengan ubat penenang atau ubat perangsang.
Insya Allah besok pagi saya akan terbang ke Dublin untuk menghadiri conference selama 4 hari. Dicampur dengan waktu perjalanan pulang balik maka genaplah 1 minggu saya tidak berada di Malaysia. Nampaknya miss lah menulis dalam blog. Insya Allah nanti akan saya kongsikan coretan perjalan di Dublin.
Saya pernah ke London pada tahun 1997 sewaktu mengikuti twinning program untuk kursus hospital management dengan Southbank University. Lama berada di London adalah 1 bulan. Waktu tu puaslah naik tube (keretapi bawah tanah) dan bas dua tingkat. Tiket cuma beli sekali untuk naik tube dan kemudian sambung dengan bas. Saya membeli pass untuk 1 minggu dan dalam satu hari banyak kali saya menaiki tube dan bas tanpa ada caj tambahan. Kenapa di negara kita tak dapat dilaksanankan sistem seperti ini. Di sini tiket LRT lain, tiket bas lain. kadangkala bas tak ada terpaksa naik teksi. Ini yang menyebabkan ramai tak minat nak menggunakan pengangkutan awam.
Sampai jumpa lagi. Wassalam

No comments:

Post a Comment