Tuesday, October 27, 2009

Hari ni 28/10/09 bersamaan 9 zulhijah
Thomas L Friedman menulis buku berdasarkan pengalaman beliau mengembara dari satu benua ke satu benua. Ramai di antara kita yang suka mengembara. Malah setiap cuti sekolah ramai yang mengambil cuti dan sudah menjadi semacam kewajipan. Malah ramai yang melancong keluar negara. Tapi berapa ramai yang mampu mencatitkan pengalaman perjalanan tersebut untuk ditatap oleh orang lain sebagai pengajaran. Yang ada cuma kenangan bergambar, kemudian di simpan dalam album.Dalam kecanggihan teknologi sekarang ini album dah tak populer lagi. Gambar-gambar kenangan disimpan dalam komputer peribadi. Mungkin sudah sampai waktunya bagi kita untuk mula mencatitkan pengalaman melancung, mengembara untuk dijadikan buku atau tulisan di akhbar.Ini juga disebut sebagai waqaf ilmu. Nak waqaf harta mungkin kita tak mampu tapi waqaf ilmu ni banyak yang mampu asalkan ada kemahuan. Oleh kerana itu saya mula menulis dalam blog untuk berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang ada. Mudah-mudahan ada yang membacanya dan mendapat manfaat. Saya sudah pun menyiapkan sebuah buku tentang kerjaya sebagai ahli farmasi tapi masih belum bertemu dengan penerbit yang sudi menerbitkan buku ini. Saya juga sedang menulis tentang the success story of my organization tapi terbit atau tidak tergantung kebenaran dari big boss kerana data-data-data yang akan dipaparkan bersifat sulit.
Bangalore India sudah menjadi cyber valley bagi dunia. Beribu syarikat dari Amerika, Eropah dan Singapura yang menyerahkan pembuatan software kepada programmer komputer di Bangalore. Salah satu syarikat yang amat terkenal adalah infosys yang mempunyai gedung pejabat yang cukup canggih dengan skrin lebar sebesar skrin panggung wayang. Skrin lebar ini digunakan sebagai alat komunikasi tele conference antara programmer infosys dengan pelanggan-pelanggan mereka dari seluruh dunia khususnya Amerika, Eropah dan Singapura.Mereka tak perlu terbang ke India tetapi cukup dengan cara bekomunikasi melalui skrin lebar ini. Semua yang diminta oleh pelanggan akan dibincangkan secara langsung melalui tele conference tanpa menghadirkan diri secara fisikal. Ini lah keajaiban teknologi maya. Sekarang negara-negara maju menyerahkan kerja-kerja membuat software komputer kepada programmer di India kerana kos yang murah. Jadi menjadi cabaran besar kepada programmer-programmer di negara-negara maju untuk bersaing dengan programmer-programmer di India. Sebab itu kadar pengangguran di negara maju semakin meningkat.
Di negara kita bagaimana. Saya memang tidak mempunyai sebarang maklumat tentang perkara ini. Beberapa tahun lalu heboh di war-warkan tentang cyber valley di Putrajaya. Setakat mana kejayaannya saya tidak pasti. Banyak negara yang sudah kalah bersaing dengan silicon valley di India khususnya Bangalore.
Teknologi maya ini membolehkan manusia mendapat maklumat, mendapat perkhidmatan tanpa perlu menghadirkan diri secara fizikal. Sayapun selalu mendapat email entah dari mana datangnya yang menawarkan untuk meimpot ubat-ubtan melalui on line. Ada di antara ubat-ubatan yang ditawarkan itu adalah ubat-ubatan yang di kawal oleh pemerintah. Tapi saya memang tak pernah melayan email yang sebegini. Buka komputer langsung saya delete, habis cerita. Kalau anda menerima email sebegini pastikan anda tidak melayannya kerana jika anda memesan ubat -ubatan yang dikawal dibawah akta dadah berbahaya anda boleh dijatuhkan hukuman gantung mandatory jika sabit kesalahan dan jika memesan ubat yang dikawal di bawah akta racun berjadual anda boleh didenda dan dipenjara. Jadi hati-hatilah. Kalau nak berniaga pastikan ada lesen yang sah. Kalau perlu ubat kerana anda sakit jumpalah dengan doktor atau pergilah berjumpa dengan ahli farmasi bertauliah.
Wassalam

No comments:

Post a Comment