Wednesday, October 28, 2009

Hari ni 29/10/09 bersamaan 10 zulhijah
Tadi malam saya membaca buku tentang endocrine system. Dah lama tak belek buku farmakologi sejak meninggalkan universiti. Saya merujuk kepada bab sistem kelenjar yang mengawal pengeluaran steroid dalam badan. Badan kita mengeluarkan hormon steroid melalui sistem pengawalan yang sangat kemas dan teratur. Bila kelenjar hypothalamus menerima rangsangan dia akan memberikan signal kepada kelenjar pituitary untuk melepaskan Adreno corticosteroid hormon. ACTH akan merangsang kelenjar adrenal cortex untuk mengeluarkan cortisol and glucocorticoid. Kesemuanya adalah steroid yang diperlukan oleh badan. Bila jumlah steroid dah mencukupi di dalam darah maka signal akan dihantar balik kepada kelenjar hypothalamus untuk menghentikan pengeluaran steroid. Ini adalah putaran yang terjadi. Bila kita mengambil steroid tak kira dalam bentuk apapun maka hypothalamus akan menerima signal untuk tidak mengeluarkan rangsangan pada kelenjar pituitary dan ACTH tidak akan dilepaskan. Akibatnya lama kelamaan kelenjar adrenal cortex akan mengecut dan sistem pengeluaran steroid semulajadi dalam badan akan terhenti. Jadi apabila kita menghentikan pengambilan steroid maka badan akan mula menghadapi masalah kerana kelenjar adrenal cortex yang telah kuncup akan memekan waktu yang lama untuk pulih kembali. Steroid diperlukan untuk metabolisma semua sel dalam badan. Bila dah tak cukup maka berbagai masalah akan timbul. Antaranya osteoporosis, ketahanan tubuh akan menurun. Jadi mudah dapat penyakit. Pertumbuhan kanak-kanak terbantut. Penyakit diabetes mungkin terjadi. Kerusakan pada kulit dan berbagai lagi masalah.Oleh itu jika perlu mengambil steroid perlu mendapatkan penjelasan dan nasihat dari doktor atau ahli farmasi.

DI India banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk membuat tax return kepada rakyat Amerika. Macam negara kita juga setiap awal tahun perlu diserahkan taksiran cukai pendapatan. begitu juga di Amerika. Syarikat-syarikat di India boleh menyediakan perkhidmatan ini melalui duniaa maya. Jadi orang persaorangan atau syarikat di Amerika cuma perlu mengirimkan data tanpa perlu menulis nama individu atau syarikat. Cukup menggunakan kod sahaja. Jadi akauntan di India akan membuat kiraan sesuai dengan peraturan yang ada dan mengirimkan laporan secara lengkap mlalui internet tanpa mengetahui nama individu atau syarikat terbabit. Pekerja-pekerja di syarikat India ini bila datang bekerja tidak dibenarkan membawa pen atau pensel. Jadi tak mungkin mereka boleh mencatit data-data yang dikirim kepada mereka. Jadi kerahsiaan data dapat dijaga.Beginilah hebatnya syarikat di India ini.
Wassalam

No comments:

Post a Comment