Tuesday, October 6, 2009

Hari ni 7/10/09 bersamaan 18 syawal.Sekarang dah mula pula orang panggil kenduri nak pergi Haji dan nak kahwin. Alhamdulillah murah rezeki. Masyarakat kita cukup pemurah.
Kenapa Jacko menghadapi masaalah tak boleh tidur. Dalam bahasa saintifik di sebut insomnia. Saya yakin diapun tak tahu kenapa dia susah nak tidur. Kalau dia tahu tentu dia dapat mengatasi masalah tersebut. Sebagai manusia yang hidup di zaman moden dia menyerahkan nasib pada doktor peribadinya. Jacko ni kan jutawan .Jadi doktor yang datang ke rumah dia bukan dia yang harus ke klinik. Kalau kita sakit harus berbaris panjang menunggu giliran untuk jumpa doktor. Inilah nikmat duit. Doktor dia pun tak jumpa jawapan. Yang dia pernah belajar dan menjadi amalan harian dia adalah memberi ubat tidur jika pesakit mengadu tak boleh tidur.
Apa dia ubat tidur. Ubat tidur adalah golongan ubat yang menekan fungsi sistem saraf pusat atau dalam bahasa Inggeris disebut Central nervous system. Bila CNS ditekan fungsinya maka pesakit akan merasa mengantuk, terlena dan boleh tidur. Bahaya yang menanti adalah ubat ubat yang bekerja di CNS boleh menyebabkan ketagihan atau kebergantungan. Mula-mula dengan dos kecil pun sudah dapat memberikan kesan yang diinginkan. Tapi bila digunakan berterusan maka dos terpaksa ditingkatkan untuk mencapai tujuan yang diingini. Lama kelamaan ubat tadi dah tak lagi berkesan dan terpaksa ditukar dengan ubat yang lain atau digabung dengan ubat yang lain untuk memberikan efek yang diingini. Inilah yang terjadi pada Jacko. Ubat yang sebelumnya dari golongan benzodiazepin dah tak lagi berkesan. Akibatnya doktor peribadi beliau menambah satu lagi ubat iaitu profofol yang hanya digunakan oleh pakar bius di dewan bedah dan di ICU. Profofol ini digabungkan dengan diazepam untuk membolehkan Jacko tidur. Mula-mula dosnya kecil tapi lama kelamaan dos terpaksa ditingkatkan untuk membolehkan Jacko tidur. Ubat ini diberikan melalui suntikan bukan melalui oral atau mulut.
Setelah Jacko meninggal doktor peribadi beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan. Menurut keterangan beliau dos yang diberikan semakin lama semakin meningkat dan beliau mula merasa risau kerana ubat yang digunakan adalah gabungan diazepam dengan prapofol. Jadi dia mula mengurangi dos profofol untuk mengelakkan komplikasi yang tak diingini. Nampaknya usaha ini menimbulkan masalah kerana Jacko dah mula merasa sukar untuk tidur. Malam terakhir sebelum Jacko meninggal dia menjerit jerit minta diberikan suntikan. Istilah yang digunakan oleh Jacko adalah "where is my milk". Tak lama setelah ubat diberikan didapati Jacko dah tak lagi bernyawa. Perlu diingat salah satu kesan sampingan ubat yang bekerja pada CNS adalah respiratory arrest iaitu melumpuhkan saluran penafasan dan boleh menyebabkan kematian. Apapun sebabnya kematian Jacko hanya Allah yang tahu. Yang pasti keluarga beliau tak puas hati dengan keterangan yang diberikan oleh doktor peribadi beliau.

Kenapa manusia susah nak tidur. Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Yang pasti salah satunya adalah tekanan perasaan atau disebut stress atau anxiety. Stress boleh menyebabkan anxiety.Kenapa Jacko stress, tak ada siapa yang tahu .Harta melimpah ruah, rumah bagai istana, nama tenar seantero dunia, body guard keliling pinggang. Doktor datang kerumah memberi rawatan dan apa yang dia mahu semua dapat. Tapi satu yang dia tak dapat iaitu ketenangan jiwa yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Bercerita tentang harta ni ada lagi satu kisah yang tragis. Beberapa tahun lalu di Amerika memenanagi hadiah loteri sebanyak $ 13 juta. Dari hidup susah tiba-tiba dia menjadi kaya raya.Biasalah orang kaya baru tak tahu apa nak buat dengan wang yang begitu banyak. Beliaupun berjoli sakan berpoya sana sini. Masuk satu kelab malam ke satu kelab malam untuk menghabirkan wang yang begitu banyak. Wang senang mari maka senang pergi. Biasalah wang panas. Selang beberapa tahun dia didakwa kerana tidak membayar cukai pendapatan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun. Namun belum sempat masuk penjara dia sudah meninggal pada tahun 2008.
Besok kita sambung. Wassalam

No comments:

Post a Comment