Wednesday, June 2, 2010

Sekarang ni saya rasa waktu berlalu begitu cepat sehinggakan nak update blog pun rasa terkejar -kejar. Dalam kesibukan menghadiri kursus dan memberi kuliah menyebabkan saya rasa waktu cukup cepat berlalu. Waktu sebenarnya tak pernah berubah. Yang berubah kita dengan kesibukan yang perbagai. Bila mengikuti kursus saya menjadi murid tapi bila memberi kuliah saya pula yang menjadi guru. jadi proses menjadi murid dan menjadi guru ini nanpaknya berjalan serentak sehingga saya rasa mulai kesulitan untuk update blog saya. tapi dah janji saya sejak dulu yang blog saya akan sentiasa terkini maka saya sempatkan juga untuk menulis walaupun serba ringkas.

Dua hari yang lepas saya sempat bersembang dengan dua orang kawan yang cukup berminat untuk mengetahui kenapa ubat dikeluarkan dalam berbagai bentuk. Ada dalam bentuk tablet, ada dalam bentuk kapsul, ada yang perlu di hisap, ada yang perlu dikunyah. Bagi saya perkara ini dah menjadi biasa kerana memang bidang saya tetapi bagi teman tadi yang melihat dari sudut orang awam mereka tak punya apa-apa idea . Mereka sangka kilang ubat suka -suka buat demikian. Saya jelaskan bahawa semuanya mempunyai sebab yang tertentu, bukannya suka-suka. Kapsul dibuat kerana beberapa faktor utama:
-serbuk yang ada dalam kapsul tidak boleh dicetak untuk dijadikan tablet kerana tak stable. Jadi perlu dimasukkan ke dalam kapsul. Jika dibuka maka ubat tidak akan berfungsi seperti yang dirancang
-serbuk boleh mendatangkan kesan peradangan pada usus jika tidak disarung
-ubat akan dihancurkan oleh asid yang ada dalam saluran pencernaan.
Begitu juga dengan tablet yang dikeluarkan dalam berbagai bentuk seperti sugar coated, film coated, slow release , sustain release dan sebagainya.Ubat dalam bentuk slow release dan sustain release dibuat supaya ubat tersebut dilepaskan secara perlahan-lahan ke tempat yang dituju. Dengan cara ini ubat akan bertahan lama di dalam tubuh seperti yang dirancang. Jadi dengan cara demikian ubat cukup dimakan sekali sahaja dalam sehari. Bila ubat ini dipotong atau dijadikan sirap maka kekesanan ubat akan secara otomatis hilang. Perkara ini yang kadangkala menimbulkan konflik antara doktor dan ahli farmasi. Berdasarkan pengalaman saya yang cukup lama bekerja dihospital maka ada juga doktor yang memaksa untuk memotong ubat tersebut kerana kurang faham dengan prinsip sustain or slow release. Malah ada juga yang meminta dibuatkan dalam bentuk sirap atas alasan ubat perlu di makan oleh kanak-kanak. Walaupun telah diterangkan tetapi ada kalanya doktor tetap berkeras agar diikutkan kehendak mereka.

Kawan saya juga sempat bertanya tentang perbezaan ubat original dengan generik. Saya mengandaikan dengan contoh yang mudah antara beberapa jenis coke yang ada dipasaran. Walaupun namanya coke tapi rasa nya dan kelazatannya berbeza antara satu dengan yang lain kerana masalah formulasi. Ubat original atau patented adalah ubat yang dicipta oleh sesebuah syarikat melalui penyelidikan yang lama dan memakan biaya yang tinggi. Jadi bila mereka berjaya mencipta ubat tersebut maka mereka diberi hak eksklusif untuk memasarkan ubat berkenaan selama 5 tahun dan orang lain tidak dibenarkan meniru ubat tersebut. Bila hak cipta habis barulah syarikat lain boleh membuat ubat generik. Artinya hanya bahan aktif yang serupa tapi bahan yang lain seperti bahan penstabil, bahan pelarut, bioavailabiliti dan efektiviti ubat tak sama dengan yang original .Rahsianya adalah formulasi. Ubat generik kita tak pasti berapa efektif ubat berkenaan kerana efektif atau tidak sesuatu ubat bergantung kepada bioavailabiti iaitu berapa peratus bahan aktif yang akan sampai ke site target. Jika besar maka ubat akan efektif tetapi jika sedikit maka ubat kura ng efektif. Ubat generik tidak ada yang mampu untuk menandingi bioavailabiliti ubat original.

Saya selalu menutup dengan analogi mudah. Bandingkanlah kereta ciptaan German dengan kereta ciptaan negara Cina. Tentu ada perbezaan yang ketara.
Wassalam

No comments:

Post a Comment