Saturday, June 12, 2010

Sekarang sedang demam bola. Setiap hari paling kurang ada 3 perlawanan yang disiarkan secara langsung ,belum lagi berbagai ulasan yang diberikan oleh berbagai pihak. Tak kurang meriahnya adalah kegiatan kaki judi. Manusia memang mempunyai perangai yang berbagai ragam dan kegiatan berjudi dah hampir sama tuanya dengan usia manusia. Samalah seperti kegiatan pelacuran yang merupakan profesi tertua manusia.

Bola-bola juga tapi jangan sampai kerana tak tidur malam kerana asyik nonton bola prestasi kerja pula terjejas.Ingat kita kerja kerana nak cari rezeki untuk diri sendiri dan anak bini. Jangan sampai gaji yang kita dapat menjadi haram kerana tak memenuhi syarat yang ditentukan oleh majikan dan yang telah kita persetujui. Rezeki yang haram akan menyekat diri kita untuk mendapat rahmat Allah sehingga hidup kita menjadi tak tentu arah.

Saya masih ingat kata-kata dalam lagu M.Nasir, duit-duit di mana kau duit, duit-duit di mana kau duit. Ada yang nama dolar, ana yang nama ringgit , ada yang nama rupiah, semuanya adalah duit. Jangan kita jadi hamba duit.Bebera hari yang lepas dilaporkan di dalam akhbar harian tentang seorang doktor yang menjual ubat batuk istimewa melalui klinik beliau. Ubat batuk ni tak ada dipasaran tetapi dibuat khusus oleh doktor ini.Ubat ini semacam bentuk cocktail yang mengandungi campuran berbagai jenis bahan untuk ubat batuk seperti kodein, dextromethorpan dan beberapa antihistamin yang lain. Bila semua bahan ini dicampur maka penagih menjadi begitu high kerana kesemua ubat tadi bekerja di saraf pusat dan ada sebahagian ubat membantu menguatkan ubat yang lain.Katanya cocktail doktor ini luar biasa efeknya mengalahkan ubat-uabatan yang ada dipasaran. Doktor ini pernah ditangkap sebelum ini dan kes nya masih belum selesai .Tapi yang dah namanya gila duit beliau masih membuat kerja terkutuk tu tanpa rasa takut dan rasa bersalah.

Bagi saya kes ini adalah suatu tragedi kerana manusia yang sepatutnya menggunakan ilmu dan kepandaian untuk mengubati penyakit dan membantu pesakit malah menggunakan kepandaiannya menjual ubat yang merosak bangsa hanya kerana mengejar habuan wang ringgit.

Satu lagi berita yang menggemparkan kita semalam adalah tentuk banyaknya remaja perempuan yang merokok mengalahkan jumlah remaja laki-laki. Dilaporkan lebih dari 28% remaja perempuan di bawah umur yang merokok dibandingkan dengan hanya 14% remaja laki-laki. Rokok adalah sebahagian dari permulaan untuk menghisap bahan yang lebih kuat seperti ganja dan sebagainya. Kenapa mereka terikut-ikut dengan budaya yang merosak diri ni. Kita pun tak pasti. Saya ada mendengar kawan bercerita tentang remaja perempuan yang menuntut di salah sebuah kolej swasta. Beliau ni suka menyimpan minuman keras dalam bilik. Bila di tanya kenapa menyimpan minuman keras dalam bilik. Dengan selamba dia jawab saja nak hilangkan boring. Jadi bila dia rasa dia boring diapun minum minuman keras walaupun dia mengaku beragama Islam.Beginilah rumitnya kehidupan hari ini. Menjadi ibu bapa juga bukan lagi mudah seperti dulu. Bukan sahaja nak kena berbelanja besar menyekolahkan mereka tetapi nak me ngawal tingkah laku mereka juga menjadi semakin sulit.

Jadi didiklah anak-anak kita sejak kecil dengan cara Islam supaya mereka menjadi manusia yang patuh pada agama, ibu bapa, guru-guru dan menjadi anggota masyarakat yang produktif .Wassalam

No comments:

Post a Comment