Tuesday, June 15, 2010

Insya Allah petang nanti saya akan memandu ke Johor Bahru.Saya akan menginap semalam di hotel dan keesokan paginya menaiki bas ke Tanjung Leman untuk terus ke Pulau Sibu. Kami akan berada di Pulau Sibu sampai hari ahad kerana menghadiri healthcare workshop. Selama ini workshop yang sebegini di adakan di hotel yang terletak di daratan tapi kali ini terletak di Pulau. Mungkin untuk mencari kelainan. Dalam hidup sekali sekala perlu mencari kelainan supaya hidup ini menjadi dinamik dan tidak membosankan. Kalau dah bosan hidup maka jadilah kita ibarat bangkai bernyawa.

Nampak gaya terlepaslah empat hari tak dapat nak update blog ni. Menulis dalam blog mempunyai keseronokan yang tersendiri. Tapi semuanya tergantung minat dan bakat serta keinginan.

Dalam workshop nanti akan dibincangkan banyak perkara yang berhubungkait dengan penjagaan kesihatan pesakit.Banyak perkara yang dibincangkan dalam conference , workshop sebetulnya adalah perkara asas yang sepatutnya dilakukan oleh semua orang yang terlibat dalam bidang ini tapi itulah juga yang menjadi masalah utama kerana sikap manusia yang tak ambil peduli dan selalu mengambil mudah dalam semua perkara. Bila dah terjadi masalah baru nak melompat dan menuding jari mencari siapa yang perlu dipersalahkan. Sebagi contoh sebelum pesakit dihantar ke bilik bedah maka pesakit perlu menandatangani borang kebenaran untuk dibedah. Inipun sering terlupa.Bila dah jadi kes barulah melompat semua dan mencari siapa yang salah. Sebelum anggota tubuh pesakit di bedah maka doktor perlu menandakan dengan marker tempat yang perlu dibedah. Perkara inipun sulit nak dilakukan.Sayapun tak pasti kenapa sehingga WHO melancarkankan program patient safety goal, safe surgery safe life.Sebelum doktor memulakan pembedahan maka perlu dilakukan time out dimana pakar bius, pakar bedah dan semua jururawat yang akan terlibat dalam team tersebut berkumpul dan berbincang secara lengkap tentang prosedur yang akan dilakukan tapi yang inipun tak dapat dilaksanakan kerana pakar bedah sibuk dengan pesakit yang lain. Biasanya pakar bius akan membius terlebih dahulu kemudian baru pakar bedah datang. ang tersepit ditengah adalah jururawat.kalaupembedahan berjalan lancar OK lah tapi bila ada komplikasi yang tak diingini maka perkara ini akan menjadi kes perundangan.

Satu lagi perkara asas yang sering diabaikan adalah mencuci tangan sebelum memulakan prosedur, sebelum memeriksa pesakit dan selepas merawat pesakit. Dari kajian yang dibuat hanya sebahagian kecil dari doktor yang mencuci tangan mereka setiap kali selepas merawat pesakit. Kebanyakan hanya mencuci tangan setelah habis melihat semua pesakit .Yang rajin mencuci tangan adalah pakar kanak-kanak tetapi yang selebihnya tak melaksanakan perkara ini. Ini perkara asas yang boleh mencegah penyebaran penyakit dari seorang pesakit ke pesakit yang lain. Infection control telah menjadi satu standar yang utama untuk menjaga standar sesebuah hospital baik milik kerajaan mahupun swasta.Jika infection control tak terlaksana dengan baik maka penularan penyakit dalam hospital akan mudah terjadi.

Dalam hidup seharian pun kita mengabaikan banyak perkara asas yang sepatutnya kita laksanakan. Contoh bila nak masuk rumah berilah salam, tapi berapa ramai yang mengamalkan perkara asas ini. Nak naik kenderaan bacalah doa supaya kita mendapat perlindungan Allah. Tapi berapa ramai yang mengamalkannnya. Bila nak makan cucilah tangan dan makan dengan tangan kanan. Tapi berapa ramai yang mengamalkannya.Bila membuang air kecil cucilah dengan bersih tapi tak ramai yang mahu melakukannya.Sebab itu macam-macm penyakit terjadi. Sekarang saya lihat ramai yang suka kencing dimerata tempat di tempat terbuka tanpa segan silu. Dah jadi macam haiwan suka melepas di mana-mana. Keluar tandas pula tak cuci tangan. Kajian yang dijalankan di negara kita didapati hanya 10 % dari pengguna yang mencuci tangan selepas keluar dari tandas.

Hari-hari bila jumpa isteri, suami berapa ramai yang mengucapkan sayang pada pasangan.Berapa ramai yang memeluk pasangan sebagai tanda kasih sayang. Kita ambil mudah semua perkara asas ni.Bak kata orang Inggeris "take for granted".Sebab itu masalah rumah tangga semakin berlambak dan pergaduhan dah semacam mainan harian.Yang baik dah tak nampak tapi yang nampak hanya keburukan pasangan masing-masing.
Mari kita renungkan dan berubahlah kita untuk kebaikan kita sendiri. Wassalam

No comments:

Post a Comment