Friday, June 11, 2010

Pagi semalam saya flight ke Kota Bahru Kelantan kerana ada tugasan resmi. Penerbangan pagi adalah jam 7.30 pagi dan sampai di Kota Bahru satu jam kemudian. Saya tidur satu malam di hotel New Pacific .Hotel penuh kerana kebetulan ada muktamar PAS. Kemudahan hotel kira OK lah. Pagi tadi jam 9.30 pagi saya terbang kembali ke KLIA dan sampai sejam kemudian. Cuaca sepanjang perjalanan cukup baik. Rupanya untuk penerbangan Kota Bahru ke KL ada 3 penerbangan iaitu MAS, Asia Asia dan Firefly. Cuma firefly turun di Subang. Jadi mudahlah nak berulang alik ke Kelantan.

Kali ni saya ingin menyambung cerita tentang ubat HRT yang saya tulis beberapa hari yang lepas. Ubat ini diberikan untuk mengatasi simptom kekurangan hormon pada wanita dan mencegah kesan medikal yang khusus akibat dari kekurangan hormon tersebut.

Manfaat ubat HRT dapat dibahagi kepada dua itu:

Menghilangkan simptom yang tak selesa seperti kesan vasomotor, perubahan mood, kekeringan pada vagina dan kesulitan untuk tidur malam. Disamping itu ianya boleh mencegah perkara berikut:

-osteoporosis
-penyakit jantung koronori
-Alzheimers
-kesan kesihatan pada genitourinary
-kanser kolon
-atrophic vaginitis
-general sense of well being
-sexual functioning

Tapi perlu diberi perhatian tentang risiko besar yang mungkin dihadapi seperti berikut:

-kanser payu dara
-deep vein thrombosis
-pulmonary emboli
-endometrial cancer
-gallbladder disease
-systemic lupus erythematosus

Sebab itu sebelum memulakan rawatan dengan HRT maka pesakit perlu berbincang secara teliti dengan pakar perbidanan supaya pakar perbidangan dapat memberikan nasihat yang terbaik sebelum pesakit membuat pilihan untuk memulakan rawatan dengan HRT atau tidak. Keputusan muktamat adalah ditangan pesakit bukannya di tangan doktor. Doktor hanya boleh memberikan nasihat kerana risiko pesakit yang tanggung bukannya doktor.Jadi buatlah keputusan yang terbaik untuk kesejahteraan anda .

Ubat-ubatan yang sering digunakan adalah:

1. Estradiol yang dimakan 1 hingga 2 biji sehari. Disamping dalam bentuk tablet ubat ini juga terdapat dalam bentuk vaginal cream dan transdermal patch

2. Estrogen conjugated yang dimakan sebiji sehari selama 21 hari dalam sebulan

3. Medroxyprogesterone yang dimakan se biji sehari pada hari 1-12 putaran haid

4. Norethidrone yang dimakan sebiji sehari selama dua minggu

Jadi pilihlah ubat yang paling sesuai jika anda telah membuat keputusan untuk menggunakan HRT bagi mengatasi masalah yang timbul dari simptom putus haid.

Wassalam

No comments:

Post a Comment