Sunday, June 20, 2010

Saya berangkat ke Tanjung lemn jam 8 pagi pada hari khamis lepas. Perjalanan dengan bas mengambil masa 2 jam. jam 11 langsung menaiki feri ke Pulau Sibu dan sampai di sana setengah jam kemudian.Setibanya kami di jeti kami di sambut dengan paluan kompang .Jadi agak aneh jugalah kami dibuatnya. Lepas pendaftaran kami langsung masuk ke kamar penginapan di chalet. Saya tak pasti berapa jumlah chalet yang ada di Pulau ini tapi jumlah peserta melebihi 200 orang. Kesemua chalet diperbuat dari kayu, jadi terasa juga macam tinggal di kampung dulu cuma dalam chalet ini ada air conditioner.
Sebelah malam kami di bawa keliling pantai melalui program moonlighting walk oleh beberapa juru pandu arah yang menggunakan lampu suluh. Jadi terasa jugalah nikmatnya suasana malam di sekeliling pantai. Rupanya waktu malam air susut jauh ke dalam lautan. Saya rasa ada sekitar 100 meter air susut ke dalam.Bagi kami yang bukannya anak nelayan atau biasa tinggal di pantai tentunya pengalaman sebegini sangat meninggalkan kesan.
Keesokan hari kami memulakn workshop yang bermula dari 8.30 pagi hingga 5 petang dan program ini berlangsung dua hari berturut-turut. berbagai perkara yang dibincangkan melalui 3 workshop yang berlangsung selama dua hari.Saya rasa banyak resolusi yang telah dirumuskan untuk diperhalusi oleh pihak jawatankuasa yang tentunya nanti akan diedarkan kepada seluruh hospital yang terlibat untuk dilaksanakan.
Malam terakhir ada pesta makan durian .Kerana dah agak lama tak makan durian maka ianya sungguh menyeronokkan dan menyelerakan.
Sebelah petang ramai yang mengambil kesempatan untuk beriadah seperti bermain bola pantai dan volleyball.Saya cuma berjalan kaki mengelilingi Pulau di waktu pagi dan juga di waktu petang.
Saya difahamkan oleh beberapa orang pekerja di Pulau ini bahawa air diperolehi melalui proses saringan air laut menggunakan teknologi khusus dan bekalan letrik melalui generator yang dipasang 24 jam.
Besok kita sambung.Wassalam

No comments:

Post a Comment