Saturday, June 26, 2010

Saya nak menyambung cerita semalam tentang kejadian yang tidak dirancang dan bagaimana secara tiba-tiba Allah memberikan bantuan.
Pada tahun 1995 saya baru membeli kereta dan belum sempat nak belajar untuk membuka dan mengganti tayar seandainya tayar pecah. Satu minggu setelah membeli kereta baru saya dan keluarga berangkat ke Seremban dari JB menngunakan lebuhraya plus. Tak semena-mena dalam perjalanan tayar kereta pecah dan terpaksa berhenti di pinggir jalanraya dilorong kecemasan. Waktu tu dah nak magrib dan saya mulai terasa panik kerana tak pandai nak mengganti tayar yang dah pecah. Kalau tak diganti alamat bermalam di lebuhraya bersama keluarga dan anak-anak yang masih kecil.Kecutnya perut hanya Tuhan yang tahu.Tapi tak lama kemudian tiba-tiba sebuah kereta berhenti tepat di belakang kereta saya.Turun seorang anak muda yang memeriksa tayar depan keretanya. Saya pun bertanya kenapa. Dia kata angin tayar keretanya terlampau keras dan perlu dikurangkan sedikit. Setelah dia selesai memeriksa tayar kereta dia maka dia pun bertanya pada saya kenapa berhenti. Saya kata tayar kereta pecah. Dia tanya kenapa tak ganti dan saya cakap terus terang yang saya tak pandai nak ganti kerana kereta baru dibeli. Dia kata dia boleh bantu dan langsung saja dia bantu membuka dan mengganti tayar dengan tayar spare. Lepas selesai saya hanya boleh ucapkan ribuan terima kasih. Kemudian kami pun meneruskan perjalanan. Lega rasa hati kerana masalah dah selesai dan saya amat bersyukur kerana pertolongan datang disaat saya amat memerlukannya.

Satu lagi kejadian yang mencemaskan berlaku pada tahun 2000. waktu tu saya dan anak bongsu memandu kereta lama jenis Mazda untuk berbelanja di masai Johor. Kereta saya ni engin masih baik tapai bahan tayarnya selalu menghadapi masalah kerana skrew tayar dah longgar dan tak boleh diketatkan kerana skrew dah lus. Bila naik bukit tiba-tiba tayar belakang kereta tercabut dan tayar lari ketepi jalan. Akibatnya kereta langsung senget dan bahagian belakang bergeser dengan jalan raya dan terus berhenti. Kereta berhenti betul-betul di tengah jalan raya.Nasib baik saya bawa tak laju dan tak ada kereta lain di belakang kalau tidak mungkin dah terjadi kemalanagan.Saya dah tak tahu nak buat apa kerana tayar belakang dah tercabut dan kereta mogok di tengah-tengah jalanraya. Tiba-tiba seorang pekerja dari workhop yang berhampiran datang membawa peralatan untuk mengangkat kereta dan langsung memasang kembali tayar yang tercabut tadi. Dia cuma mengambil masa kurang dari 10 menit untuk menyelesaikan maslah tersebut. lepas tu kereta saya langsung dimasukkan ke workshop untuk diperbaiki.Syukur di saat yang kritikal tersebut datang pertolongan. saya yakin Allah yang menggerakkan hati pekerja tersebut untuk membantu saya. sebetulnya masih banyak lagi kejadian yang sebegini yang saya alamai dan ini menambahkan keyakinan bahawa jika kita berbuat baik Allah akan sentiasa membantu kita di saat kita memerlukan pertolongan.Jadikanlah kejadian yang sebegini sebagi motivasi diri kita untuk terus berbuat baik.

Petang ni Insya Allah saya akan terbang ke Singapura kerana besok jam 9 pagi saya akan present satu kertas kerja di "Hospital waste management Asia conference 2010" di hotel Novotel Singapura.Insya Allah nanti akan saya catitkan perjalanan ini.
wassalam

No comments:

Post a Comment