Tuesday, June 29, 2010

Saya masih nak cerita tentang pengalaman berada di Singapura. Bila sampai di airport saya langsung menaiki teksi menuju ke hotel. Teksi mudah dapat kerana cukup banyak. Dulu pemandu teksi penah beritahu saya jumlahnya 20 ribu buah. Entah betul atau tidak saya pun tak pasti.Tapi saya cukup yakin jumlahnya banyak kerana jalanraya penuh dengan teksi. Hampir keseluruhan teksi di Singapura baru-baru belaka dan cukup selesa. Dalam teksi memang ditulis nama pemandu dan nombor teksi. Jadi tak ada rahsia siapa yang memandu. Sebaik menaiki teksi saya tak perasan siapa pemandu teksi kerana keadaan di depan agak gelap.Pemandu teksi pula cucuk tegap badan lagi pula lengan baju dilipat. Saya lihat macam bonser je. Jadi sayapun segan nak tanya. Jadi membatu lah saya sejak naik. Dah nak sampai ke hotel baru saya perasan pemandu teksi berbangsa Melayu.Nama dia kalau tak silap ialah Zulkarnain Bin Parjan. Bila dah tahu nama sayapun buka mulut dan tanya nama dia. Dia kata namanya Zulkarnain tapi loghat suara macam orang Indonesia. Saya rasa dia mungkin berasal dari sana tapi dah bermastautin di Singapura. Saya tanya mana tempat nak makan yang paling dekat. Dia kata kalau nak dapat makanan Melayu kena pergi ke Arab street lebih kurang 15 menit dengan teksi dan tambang teksi $ 12 dolar. Tapi bila sampai di hotel dah jam lapan malam maka saya tak jadi keluar. Meter teksi terpampang jelas dan jumlah yang dicaj sesuai dengan petunjuk meter yang ada.Sayang saya tak sempat berbual panjang dengan beliau kerana dah nak sampai baru mula buka mulut.

Waktu nak pulang pada hari Isnin teksipun mudah nak dapat. Tak sampai 5 menit dah datang teksi dan langsung sayapun naik. Sebaik naik pemandu tanya nak ke mana. Saya kata nak ke Changi airport. Dia tanya balik terminal yang mana satu kerana ada 4 terminal. Saya jadi tergamam dan saya sebut penerbangan ke Malaysia dengan MAS. Nantilah kita tengok sign board di tepi jalan sebelum sampai, kata pemandu teksi. Sayapun kata OKlah kerana sayapun tak pasti apa yang dia maksudkan. Pemandu teksi ni berbangsa Cina dan cukup rajin berbual. Saya dengar bahasa Melayunyapun OK juga. Saya rasa lebih baik dari sesetengah orang Tiongwa di Malaysia. Cukup petah dia berbicara. Saya tanya macam mana cari duit senang ke . Dia kata sekarang terlampau banyak teksi jadi kena kerja lebih kuat. memang di sepanjang jalan penuh dengan teksi dan separuh tak ada penumpang. Dia kata lihat tu banyak teksi yang kosong. Saya tanya lagi berapa jumlah teksi yang ada. Dia jawab tak pasti tapi banyaklah.
Dia kata kalau tak kerja matilah kerana semua nak kena bayar. Tapi semua orang ada kerja katanya sebab itu kadar jenayah sangat rendah. Saya tanya berapa banyak rakyat asing yang ada di Singapura. Dia kata banyak juga tapi semuanya legal.Sekarang memang banyak pekerja yang berasal dari tanah besar Cina. memang di hotel saya lihat hampir keseluruhan pekerja cleaning dan mengemas bilik berasal dari Cina. Pengalaman saya meminta sterika agak melucukan. Saya minta iron tapi yang dihantar iron board. Saya tanya mana iron dia terpinga-pinga kerana tak begitu faham bertutur dalam bahasa Inggeris. Akhirnya saya terpaksa menggunakan tanda isyarat barulah dia faham. Saya tanya dari mana. Dia kata dari negara Cina.

Jadi bukan negara kita sahaja yang menggunakan tenaga kerja asing tapi di Singapurapun banyak.Menurut pemandu teksi kalau Mat sSalleh tu kebanyakan Pengurus tapi pekerja bawahan banyak dari Cina, India, Nepal dan Myanmar. Dia ada sebut tempat-tempat yang menjadi tumpuan pekerja-pekerja asing ni di hujung minggu tapi saya tak sempat nak catit nama-nama tersebut.Jadi pola tingkah laku merekapun sama dengan pekerja asing di Malaysia.Memang mereka senang berkumpul dengan rakan se negara di hujung minggu.Mungkin untuk menghilangkan rasa sunyi pada kampung halaman.

Sampai di airpor masih awal baru nak massuk jam 12 tengahari sedangkan penerbangan saya pukul 5 petang. Wah kalau nak tunggu parah dibuatnya. Jadi saya mencari kaunter tiket MAS dan tanya pada petugas kaunter. Dia kata penerbangan awal memang tak ada. Saya tanya macam mana nak tukar dengan Silk air. Dia tunjuk kaunter nombor sebelas dan bila sampai di sana kebetulan ada tempat kosong dengan penerbangan jam 12.45 petang. Wah lega rasa hati. Tepat jam 12.50 pesawat terbang ke Kuala Lumpur dan mendarat jam 1.50 petang. Perjalanan cukup lancar cuma waktu nak turun tu ada goyang sikit kerana awal tebal . Jadi perjalanan pulang tak tersekat seperti keberangkatan ke Singapura yang terpaksa tukar pesawat kerana rosak.

Saya rasa perkhidmatan Silk air ni masih seperti dulu, cukup baik. Saya dulu sering menggunakan pesawat ini sewaktu masih berulang alik ke Padang Indonesia, cuma pakaian pramugarinya dah bertukar warna. Yang unik tu sejak dulu memang tak ada pramugara dalam pesawat ni. Cuma pilotnya sahaja yang laki-laki tapi semua pelayan adalah perempuan.Sesetengah syarikat penerbangan menggunakan tenaga laki-laki dan perempuan tapi Silk air ni hanya pelayan perempaun sahaja.
Wassalam

No comments:

Post a Comment