Saturday, June 5, 2010

Dua hari yang lepas bekas menteri ada membuat kenyataan bahawa 5 tahun lagi negara kita akan berlebihan doktor. Katanya pada masa ini terdapat 30,000 orang doktor dan lima tahun lagi jumlahnya akan menjadi 60,000 orang dan jumlah ini akan berlebihan mengikut keperluan negara . Kalau mengikut ratio sekarang ini jumlah doktor berbanding penduduk adalah 1: 1000 dan jika lima tahun lagi jumlah 60,000 orang tu jumlah nisbahnya adalah 1: 500. Nisbah ini masih jauh dari sasaran negara maju. Di negara maju nisbah doktor dengan penduduk adalah 1:300 sedangkan negara kita masih jauh dari nisbah tersebut.Jadi soal berlebihan doktor tak sepatutnya timbul.

Di negara kita hospital swasta juga berkembang pesat dan sebahagian dari doktor akan bekerja dengan hospital swasta. Sebab itu kita tak sepatutnya bimbang dengan dakwaan akan terjadinya kelebihan doktor dalam waktu lima tahun lagi kerana nisbah pada tahun berkenaan masih jauh dari sasaran 1: 300 penduduk.

Kadang kala bila kenyataan seperti ini ibubapa menjadi panik dan mula bimbang untuk menghantar anak-anak mengikuti kursus perubatan. Bagi saya yang amat penting adalah minat anak-anak kita. Jika mereka minat maka kita perlu memberi dorongan dan jangan hiraukan sebarang andaian atau ramalan bahawa akan terjadi lebihan doktor dalam negara kita. Sikap rasional perlu ada pada ibubapa. Sekarang ini kebanyakan doktor hanya berkhidmat di hospital besar dan daerah sedangkan di klinik kesihatan cuma ada satu atau dua orang doktor sahaja. Saya amat yakin lima tahun yang akan datang jumlah penduduk juga akan bertambah , begitu juga dengan jumlah hospital daerah dan klinik kesihatan.Jadi tempat-tempat tersebut memerlukan khidmat doktor perubatan.
Belum lagi Sabah dan Sarawak tak pernah cukup doktor.
Dua bulan yang lepas heboh diperkatakan tentang ramai doktor tempatan yang berkhidmat di Singapura. Maknanya kita sudah mula menjadi pengekspot tenaga kerja keluar negara dan mereka memberi kepercayaan kepada lulusan dari negara ini.Ramai juga doktor pakar kita yang sekarang berkhidmat di timur tengah. jadi isu berlebihan tenaga doktor tak sepatutnya timbul kerana mereka boleh bekerja dengan kerajaan, hospital swasta, membuka klinik sendiri, menjadi pensyarah universiti malah bekerja di luar negara. Mari kita kuatkan azam untuk menggalakkan anak bangsa kita supaya lebih ramai menceburi bidang perubatan ini. Tentu yang nak masuk kursus perubatan adalah mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang. Jangan hanya kerana kenyataan dari mereka kita sudah lemah semangat dan menghalang cita-cita anak kita untuk menjadi doktor.

Tapi jangan paksa anak kita jika mereka tak minat. Yang nak jadi doktor adalah mereka bukan kita. Saya pernah mempunyai seorang kawan yang menyesal jadi doktor kerana katanya jadi pegawai bank lebih banyak dapat duit dari menjadi doktor. Saya juga pernah berjumpa dengan doktor yang terpaksa menjadi doktor kerana mengikuti kehendak ibubapa mereka. Akhirnya doktor ini menjdai agen menjual ubat-ubatan.

Jadi berikanlah pilihan yang terbaik kepada anak-anak kita. Wassalam

1 comment:

  1. Saya terbaca kerajaan akan menghad kan jumlah kursus doktor di ipta, saya mempunyai abng doktor, tgk dia kerja mcm nk rak dan kadang2 cuti pon susah nk dapat dan setahu saya kursus doktor susah ke bapak yang mana memerlukan usaha dan kerajinan.

    ReplyDelete