Friday, June 4, 2010

Kutbah jumaat hari ni cukup menyentuh qalbu. Khatib mengingatkan sampai bila kita nak ingkar dengan perintah Allah. Hari ni semua jenis kejahatan dilakukan oleh orang Islam. Dah macam tak pedulu dah apa nak jadi dan tak peduli langsung tentang bala yang akan diturunkan oleh Allah. Kes buang anak ,yang paling banyak dilakukan oleh orang Islam sedangkan perbuatan itu amat terkutuk. Macam dah tak takut dah dengan hukuman Tuhan. Setiap jam dua orang anak haram akan lahir dan majoriti orang kita.Ada juga yang kata kalau orang lain dia akan gugurkan awal-awal lagi , jadi tak tunggu sampai melahirkan. Entahlah kita tak ada statistik untuk menyokong andaian ini. Yang salah bukan anak tapi orang yang mengandungkan anak tersebut dan orang yang menyebabkan si perempuan mengandung. uat maksiat dah macam pergi shopping. Kat mana saja boleh buat. Depan orang ramaipun masih berani nak berpangku antara laki-laki dan perempuan.

Soal curi , soal rompak, soal tipu, soal rasuah , sadin aje buat macam mereka merasa tak perlu takut dengan siapa. Kalau bala nak turun dia tak kira baik atau buruk , semua akan ditimpa.Oleh itu tanggungjawab kita bersama membanteras gejala maksiat ni sebelum terlambat.Allah mengingatkan bahawa orang Islam adalah umat terbaik dengan syarat mereka melakukan makruf dan melawan mungkar. Kalau tak ada kedua benda ni maka hina dinalah umat ini. Inilah yang terjadi sekarang ini.

Bagi kita semua bermula dari rumah. Marilah kita jaga keluarga kita masing-masing. Pastikan kita patuhi apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang. Kita peganglah apa yang ada dalam tangan kita, jangan kita biarkan ia berlalu begitu saja. Sekali kalau dah terlepas dah tak guna lagi. Maslah kita adalah kita tak jaga apa yang ada sehingga benda tu terlepas dari genggaman kita. Anak-anak kalau dah liar maka kita dah tak mampu nak kawal. Jadi jadikan rumah ku syurga ku denga kepatuhan pada sang pencipta.

Saya rasa kutbah hari ni cukup baik kerana mengingatkan semua agar berperanan kerana tanggungjawab kita adalah amanah yang perlu dipikul.Mari kita jadikan keluarga kita golongan yang patuh pada perintah Ilahi. Dari satu keluarga maka ia akan menjadi anngota masyarakat dan seterusnya menjadi satu bangsa dan negara. Kalau semua berperanan maka segala maslah sosial ni dapat dikurangkan kalaupun tak mampu untuk dihapuskan.

Cukup untuk catitan pada hari ni. Sampai jumpa lagi.Wassalam

No comments:

Post a Comment