Monday, June 14, 2010

Cerita gula ni macam iklan biskut, kejap ada kejap tak ada. Memang dah beberapa tahun lepas cerita yang sama berulang. Puncanya kerana ada peniaga yang nak jadi spekulator dengan harapan harga akan dinaikkan. Setakat ini harga gula masih dikawal sebab itu peniaga ada yang main curang dengan menyorok bekalan gula. Dah banyak serbuan dan tangkapan yang dibuat tapi masalah tetap ditakuk lama.Kadang ada kadang tak ada.
Masyarakat Malaysia memang kuat makan gula, sebab itu peniaga mengambil kesempatan .Mari kita berazam mulai hari ini untuk mengurangkan pengambilan gula bagi kegunaan harian. Kurangkan manis dalam minuman tapi tambahkan manis dalam senyuman. sekarang ini kerana banyaknya tekanan hidup menyebabkan kita sukar nak senyum. Yang sering kita lihat adalah muka tension terutama di jalanraya yang kerap sesak .Bila kita senyumpun belum tentu orang di sebelah akan membalas senyuman tersebut. Malah kerap kali dia buat tak tahu aja. Nabi kata senyum itu sedekah tapi tak ramai yang ambil indah tentang perkara ini. Yang ada dalam benak masing-masing adalah sifat marah dan tension.

Cerita kekurangan tenaga kerja di beberapa sektor dah jadi lumrah.Menurut laporan yang tak resmi di negara kita terdapat ratusan ribu orang yang menganggur.Tak pasti pula menganggur kerana apa. Ada yang memilih untuk menganggur dan ada yang menganggur kerana merasa kerja yang ditawarkan tak sesuai dengan minat dan kelulusan. Maka jadilah ia sebagai penganggur. Kalau tak memilih tentu tak ada yang akan menganggur kerana jutaan warga asing yang bekerja di negara ini. Contoh dua hari lepas cerita tentang kekurangan tenaga kerja di sektor penanaman teh ke Cameron Highland. Di laporkan dua buah syarikat dah gulung tikar kerana tak cukup pekerja dan beberapa lagi mungkin akan menutup perniagaan mereka kecuali masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Sebelum ini dilaporkan bahawa pengusaha ladang sawit terutama di Sabah dan Sarawak akan mengalami masalah yang kritikal dalam jangka beberapa tahun mendatang kerana pekerja-pekerja dari Indonesia sudah mulai kembali kenegara asal untuk bekerja di sektor yang sama di negara mereka. Sekarang Indonesia sudah mengatasi Malaysia dari segi pengeluaran sawit mentah kerana faktor tanah dan tenaga kerja yang besar.Sektor bangunan juga di monopoli oleh tenaga asing. Kalau dulu majoriti pekerja adalah dari Indonesia tapi kini sudah mulai ramai pekerja dari India. Lihat saja yang membuat laluan keretapi berkembar majoriti adalah pekerja yang berasal dari India.

Restoran mamak masih menghadapi masaalah kritikal kekurangan tenaga kerja. Pernah dilaporkan terdapat 45,000 kekosongan di sektor tersebut yang masih tak diisi. Dulu hampir keseluruhan pekerja di impot dari India tapi kini saya lihat dah mula ramai pekerja di restoran mamak yang berasal dari Indonesia. Kita boleh cam melalui bahasa pertuturan mereka. Ke mana perginya pekerja dari Malaysia? Ini persoalan yang kita tak boleh jawab. Saya rasa penganggur yang ada di negara kita memilih untuk menganggur kerana merasakan pekerjaan tersebut tak sesuai dan bergaji rendah. Nampaknya kita akan terus bergantung dengan tenaga kerja asing. Sekarang inipun banyak anggota pengawal keselamatan terutama di KL berasal dari Nepal. Raut wajah dan penampilan mereka memang kita boleh kenal.

Jadi sampai bila kita nak bergantung dengan tenaga kerja asing tak ada siapa yang tahu jawapannya.Semalam diumumkan kenaikan gaji pengawal keselamatan ditangguhkan buat sementara waktu. Jadi tambah tak minatlah golongan muda nak jadi pengawal. Sebab itu ada syarikat yang menggaji golongan veteran untuk menjadi anggota pengawal. Akhirnya kita pun tak pasti siapa yang mengawal siapa.
Wassalam

No comments:

Post a Comment