Wednesday, June 9, 2010

Tengahari tadi saya memandu dari JB ke Seremban.Perjalanan lancar kerana tak banyak kereta walaupun ada hujan sedikit di sana sini. Saya singgah untuk solat dan bercadang untuk makan di R&R Macap. Malangnya bila sampai di sana punyalah banyaknya lalat. Saya rasa mungkin ribuan jumlahnya. Buka saja pintu kereta meluru beberapa ekor lalat masuk ke dalam. Sampai di suraupun cukup banyak lalat, apa lagi di kedai makanan. Jadi hilang selera dan tak jadi saya nak makan di sana. Apa puncanya saya tak pasti. Tapi kerumunan lalat ni sering dikaitkan dengan kilang ayam atau tempat pembuangan sisa makanan yang sudah menjadi busuk. Tak tahulah jika berhampiran dengan R&R ni dah ada reban ayam? Di Port Dickson pun ada tempat yang mengalami masalah ini. Bila singgah di kedai makan, punyalah banyaknya lalat sampai kitapun tak jadi nak makan. Bila saya tanya kepada penjual makanan dia kata itulah masalah utama yang beliau hadapi sehinggakan kedainya dah nak hampir tutup kerana orang enggan nak makan di situ. Puncanya kerana tak jauh dari tempat tersebut ada pasar malam di mana peniaga membuang sisa ikan dan daging sesuka hati sehingga penuh dihurung oleh lalat.

Lagi-lagi sikap manusia yang tak mahu menjaga kebersihan sehingga menyusahkan dan menyekat rezeki orang lain. Sampai bila kita nak berubah hanya Tuhan yang tahu.Manusianya hanya fikir senang sendiri, dan peduli apa dengan nasib orang lain.

Salah satu ubat yang kurang difahami oleh pengguna adalah ubat yang di sebut HRT, atau Hormone Replacement Therapy. Ubat ini adalah hormon yang diberikan pada wanita yang putus haid untuk mengganti kekurangan hormon pada wanita. Wanita mempunyai dua jenis hormon yang utama iaitu Estrogen dan Progesteron. Bila terjadi putus haid maka hormon ini akan berkurangan dan tidak lagi seimbang terutama susutnya kadar Estrogen yang sangat ketara. Bila perkara ini terjadi maka wanita akan menghadapi berbagai gejala yang tidak menyenangkan mereka.Antara gejala tersebut adalah gangguan pada mood, rasa mual dan tak selesa. Kemudian wanita menghadapi masalah sukar nak tidur, panas badan yang berlebihan dan putaran haid yang tak menentu serta sering sakit kepala. Kemudian yang paling menyiksakan adalah kekeringan pada faraj sehingga sukar untuk melakukan hubungan kelamin dengan suami. Semua masalah ini tentu mengganggu wanita dan mengubah pola hidup mereka. Jadi perlu dilakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini. Disamping itu bila estrogen dah kurang maka wanita akan menghadapi risiko serangan jantung yang tinggi disamping masalah osteoporosis.
Di zaman yang serba canggih ini tentu ada ubat yang boleh digunakan tetapi perlu dipertimbangkan dengan telita antara manfaat dan risiko yang akan dihadapi.

Nanti kita sambung.Wassalam

No comments:

Post a Comment