Monday, May 31, 2010

Hari Ahad saya memandu ke JB sebab ada kursus selama dua hari. Saya berangkat dari rumah jam 2 petang. Sampai di Pagoh kenderaan mula bergerak perlahan dan semakin menghampiri JB semakin perlahan. Dah jadi macam kura-kura. Dari lima kenderaan yang ada di jalanraya 1 buah memakai plate number Singapore. Rasanya mereka memasuki Malaysia hari Jumaat lepasa kerana cuti wesak. sebab tu mereka berangkat balik ke Singapore hari minggu petang dan jalan jem gila. Bila sampai ke simpang link two baru jalan menjadi selesa. Macam tulah keadaan di highway bila ada cuti panjang. Sambtu ni cuti lagi dan mungkin jalan akan sesak lagi apa lagi mula cuti sekolah dan ramai yang buat kenduri kahwin. Kalau nak difikirkan lebih baik tak ke mana -mana dari bersesak-sesak dan stress di jalanraya.

Petang tadi kawan saya telefon dia kata sakit data semalam. Dah pergi cek doktor katanya dan doktor kata heart burn atau pedih hulu hati. Dia diberikan ubat anti gastric. Tapi kerana dah berumur kawan saya tu cuak sedikit, takut-takut kalau jantung dia yang dah mula nak tersumbat. Dia tanya ada ke mesin yang boleh mengesan jika jantung tersumbat. Saya kata ada iaitu CT Scan 64 dan buat angiogram. Tapi yang mudah tentu CT Scan kerana tak memerlukan prosedur intensif, cukup diberi kontras dan masuk ke dalam CT Scan untuk diimbas. Mesin ni secara kasar boleh mengesan penymbatan pembuluh darah di jantung. Kalau nak lebih pasti tentunya buat angiogram di cathlab. Dia kata nantilah dia fikir beberapa hari. Saya kata OK nanti kalau dah buat keputusan telefon saya lagi. Kalau nak buat CT Scan atau angigram tentunya perlu berjumpa cardiologist dulu kerana dia yang akan membuat cadangan kepada pesakit tentang cara yang paling tepat, bukan boleh buat suka-suka.

Jantung kita dibekalkan darah oleh coronary artery. Jika saluran darah ni dah mula menyempit kerana penyumbatan oleh kolesterol maka ia akan menjadi keras membentuk plug dan lambat laun saluran darah ke sana akan berkuranagan. Bila ini terjadi maka jantung akan mengeluarkan sihnal iaitu rasa sakit pada dada dan menjalar ke sebelah kiri tangan. Kalau lambat bertindak boleh kena serangan jangung mendadak iaitu Acute Myocardial Infarction. Acute artinya serangan secara tiba-tiba. Myocardial adalah otot jantung dan infarc adalah mati. Jadi serangan secara tiba-tiba dimana darah tak mengalir kepada otot jantung sehingga otot tersebut menjadi mati. kenapa dia mati? Ia mati kerana darah tak masuk dan darah membawa oksigen. Bila tak ada oksigen maka otot jantung akan mati. Bila dah mati bahagian itu tak akan berfungsi lagi dan jika pesakit berjaya untuk keluar dari krisis ini maka fungsi jantung dia akan berkurangan kerana sebahagian dari otot jantung dah tak berfungsi. Rawatan 3 jam pertama akan menentukan hidup mati pesakit yang mendapat AMI. Jika terlambat peluang akan menjadi tipis untuk hidup.

Dalam kontek pemakanan kita hari ini risiko untuk mendapat AMI menjadi semakin besar. Oleh itu pengawalan makanan dan kemampuan mengawal stress amat penting. Jangan lupa perlu melakukan senaman secara tetap dan konsisten. jantung kita bila berada dalam keadaan rehat mampu mengepam darah 5L/min tapi bila dalam keadaan bersukan mampu mengepam 35L/min. Semakin sering kita berolahraga maka otot jantung menjadi semakin kuat dan manusia akan menjadi semakin sehat. Tapi kalau tak pernak bersenam maka perlu dilakukan secara berperingkat. Jangan kerana nak tunjuk handal nanti kok tersandal dan naik ambulan ke hospital .Ada kawan saya dulu dah lama tak main bola, tiba -tiba teringin nak main boleh dan dia menjadi penyerang pula. Dia kata aku dulu di sekolah main sebagai penyerang. Tak sampai sepuluh menit main dia langsung terduduk dan tak bangun-bangun. Kami jadi panik dan terus memanggil ambulan dan menghantar dia ke bahagian kecemasan. Sampai di sana doktor langsung masukkan IV dextrose kerana dia dah tak ada tenaga. nasib baik tak kena heart attack.

Wassalam

No comments:

Post a Comment