Thursday, May 6, 2010

Apa puncanya seseorang itu sukar nak senyum. Apa puncanya dia lebih suka bermuka masam dan tak ada perasaan pada orang lain. Mungkin dia senang dengan cara itu. Kenapa staf tak pandai nak minta izin , mengucapkan terima kasih pada pesakit. Kenapa susah sangat nak melakukan benda ni.

Saya beranggapan puncanya adalah dirumah. Dalam rumahtangga mereka tak pernah diajar bagaimana nak senyum dengan orang lain, macam mana nak berterima kasih. Apa mungkin ada keluarga yang sebegini. Entahlah. Tapi kalau anak-anak jarang melihat ayah tersenyum dengan emak, begitu juga emak tersenyum dengan ayah. Anak mungkin jarang melihat ayah mendakap dan memeluk emak dan sebaliknya. Mereka juga tak pernah didagap oleh ayah dan ibu. Kehidupan di dalam rumah amat kaku dan tak mesra.Kenapa seorang suami tak mahu memeluk dan mendakap isteri sendiri sebaik sampai di rumah. Kenapa anak-anak tak mahu mendakap ibu ayah bila sekali-sekala balik ke rumah. Susah sangat ke nak mengamalkan perkara ini.Susah sangat ke nak mengucapkan salam bila sampai dirumah.

Amalan memeluk dan mendakap pasangan setiap kali balik kerumah tentu akan menghangatkan cinta kasih suami isteri. Begitu juga pelukan ibu bapa pada anak-anak akan menimbulkan kehangatan hubungan antara orang tua dengan anak-anak. Saya yakin keluarga yang lahir dari suasana yang mesra ini akan mudah mesra dengan anggota masyarakat yang lain.Ketenangan dan keharmonian dalam ruamahtangga akan membe ntuk sifat kasih sayang.Kenapa kita tak memulakannya.

Malam ni bila tengok TV saya dapati ada dua iklan tentang ubat-ubatan yang katanya ubat tradisional .Kenapa iklan yang sebegini dibenarkan begitu sahaja tanpa ada larangan atau izin khusus. Kalau ubat-ubatan moden tak boleh diiklankan tetapi kenapa ubat yang katanya ubat tradisional boleh diiklan sesuka hati di TV, surat khabar dan radio. Macam mana undang-undang yang ada ni. Kita pun tak pasti kenapa ubat yang katanya tradisional mendapat layanan yang amat istimewa berbanding ubat moden. Bukankah semua kita bergantung sepenuhnya dengan ubat-ubatan moden bila kita sakit?

Undang-undang di hospitalpun begitu juga. Hanya hospital swasta yang perlu mematuhi undang-undang yang dibuat khusus untukmengawal hospital swasta sedangkan hospital kerajaan dikecualikan. Inilah yang kita tak pasti kenapa perkara ini masih berlaku. Jadi ada dua standar yang digunakan. Satu untuk hospital swasta dan satu untuk hospital kerajaan. begitu juga dengan ubat ada dua standar. Satu untuk ubat moden dan satu yang katanya ubat tradisional.

Wassalam

No comments:

Post a Comment