Saturday, May 8, 2010

Semalam syarikat saya mengadakan festival bersama masyarakat di Rembau. Pada hari Sabtu diadakan ceramah kesihatan, ceramah kerjaya, pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan mata serta penglibatan pengusaha kecil membuka gerai pamiran.Sambutan amat menggalakkan dan dewan penuh dengan pengunjung.
Di sebelah malam diadakan forum perdana dengan tajuk kesihatan asas kebahagiaan. Saya adalah seorang dari ahli panel forum tersebut.Kehadiran masyarakat setempat amat membanggakan di mana dewan mencapai kapasiti maksimum.

Perbincangan berjalan lancar dan penuh dengan gelak ketawa kerana pengerusi forum dan ahli panel membincangkan topik secara selamba dan amat menarik.Saya dapat rasakan keseronokan dan kehangatan perbincangan dan peserta amat berminat mendengar hujah yang dikemukakan. Salah seorang dari ahli panel ada menyebut bahawa dalam hidup ini manusia akan dapat empat perkara.Pertama kita akan dapat apa yang kita tak suka. Dia memberi contoh tentang dirinya. Dia ni anak Negeri sembilan dan isteri dia anak terengganu. Dia pada mulanya memang tak suka anak terengganu tapi akhirnya berkahwin dengan orang terengganu, jadi katanya padan muka dia. Isteri dia pula tak suka dapat anak Negeri sembilan tapi akhirnya dapat suami orang Negeri Sembilan, jadi padan muka isteri dia. Itu penjelasan yang diberikan oleh ahli panel tersebut.Sudah tentu ulasan yang sebegini menimbulkan gelak ketawa para penonoton yang hadir. Yang kedua kita tak dapat apa yang kita hajat.Memang dalam didup ni macam tu . Banyak benda yang kita hajati kita tak dapat. Yang ketiga kita dapat apa yang kita hendak.Tentunya perkara ini akan sangat mengembirakan kita. Dan yang keempat kita tak dapat apa yang kita tak hendak. Jadi perkara yang ketiga dan keempat tentu tak menimbulkan apa-apa masalah kepada kita tetapi perkara pertama dan kedua akan menimbulkan masalah kerana bertentangan dengan hajat di hati kita. Jadi sebagai insan kita kena faham hakikat ni dan menerimanya dengan hati yang rido.
Ustaz juga ada menceritakan pengalanan dia menyelesaikan masalah rumah tangga yang sedang bergolak.Mmaklumlah dia sekarang sebagai ketua di bahagian pendaftar perkahwinan dan cerai. Dia menceritakan satu kes di mana seorang wanita berumur 65 tahun datang ke pejabat beliau mengadu untuk menuntut fasah dari suaminya. Bila ditanya umur suami berapa , maka dia kata 75 tahun. Jadi ustaz tergamam dan bertanya lagi kenapa dah berpuluh tahun hidup bersama tiba-tiba nak minta cerai.Wanita tadi kata dia dah tak tahan dengan perangai Dato Seri. Ustaz tanya lagi perangai apa yang dia tak tahan. Kata wanita tadi Dato seri ni sangat kedekut pada isterinya. Katanya si suami mempunyai simpanan tunai RM 80 juta tapi kedekutnya pada isteri luar biasa. Pernah satu hari duit dia sebanyak lima puloh sen terjatuh dan diambil oleh isteri. Tapi malangnya Dato seri tadi minta balik duit lima puloh sen tersebut. Sebab itulah sang Datin Seri dah tak tahan langsung mengadu ke pejabat untuk menuntut cerai. Saya pun tak pasti sama ada cerita yang beliau sebutkan tu memang kes benar atau sekedar lawak jenaka. Mungkin lain kali kalau jumpa dengan beliau lagi saya akan dapatkan kepastian cerita tersebut. Satu lagi kes yang beliau sebut adalah tentang seorang suami yang sudah berumah tangga selama lebih 40 tahun tapi datang ke pejabat mengadu ingin menceraikan isterinya. Bila di tanya kenapa dia sebut yang dia tak tahan dengan isterinya yang masam. Dia kata dah berpuloh tahun memendam rasa dengan wajah isterinya yang sentiasa masam bila berhadapan dengan beliau.Kadang-kadang masalah ini pun terjadi pada kebanyakan orang. Bila dah lama berumahtangga kita mengambil sikap sambil lewa. Nak senyum dengan suamipun susah. nak bersedekah dengan isteripun sangat susah sampai seperti tangkai jering. Tapi kalau senyum dengan orang lain, kalau belanja orang lain bukan main lagi apa lagi dengan orang yang berlainan jenis.Sebab itu krisis rumah tingga terjadi.
Jadi konsep kebahagian itu dihuraikan dengan mendalam oleh ahli panel. Di samping kepentingan mempunyai kesihatan fisikal yang optimum, manusia juga perlu mengerti arti kebahagiaan secara holistik yang merangkumi mental, emosional dan spiritual. Kita kena faham tujuan hidup dan matlamat sebenar yang akan dicapai.
Syarikat tempat saya bekerja dah enam kali mengadakan festival bersama masyarakat bermula tahun 2005 apa bila hospital tempat saya bekerja mula beroperasi. Insya Allah tahun depan kami akan mengadakan program yang sama di Tampin . Bila ini selesai maka lengkaplah keliling 7 daerah di Negeri Sembilan. Walaupun namanya Negeri Sembilan tetapi jumlah daerah yang ada cuma 7 daerah sahaja bukan 9 daerah.
Wassalam

No comments:

Post a Comment