Saturday, May 8, 2010

Hari ini saya berjaya menerbitkan sebuah buku tentang Kerjaya Sebagai Ahli Farmasi". Buku ini walaupun ringkas tapi cukup lengkap dan boleh dijadikan panduan jika ingin menceburi kerjaya Sebagai Ahli Farmasi. Buku ini saya terbitkan dalam jumlah yang amat terbatas kerana kos percetakan adalah atas biaya saya sendiri.
Maklum buku ini adalah buku saya yang pertama. Bayangkan setelah berumur 54 tahun baru buku pertama ini dapat saya terbitkan. Artinya mulai hari ini saya sudah terdaftar dengan ISBN sebagi seorang penulis buku. Soal kualiti buku biarlah pembaca yang menilainya.Baru saya tahu setelah mendapat kelulusan dari ISBN penulis diwajibkan menyerahkan lima salinan buku untuk disimpan oleh ISBN.

Adalah bebrapa unit yang dapat dijual hari ini. Mudah-mudahan pada masa yang akan datang buku ini dapat dijual secara beransur-ansur bukan untuk mencari untung tetapi untuk mendapatkan modal kembali dan mencetak dalam jumlah yang lebih banyak pada waktu yang akan datang. Ilmu yang ditinggalkan InsyaAllah pahalanya akan mengalir terus sehingga kita berada di alam barzah. Ini motivasi yang mendorong saya untuk menulis buku ini dan InsyaAllah lebih banyak buku di waktu yang akan datang.

Cita-cita untuk menerbitkan buku memang dah lama ada tetapi belum menemui penerbit yang sudi.Berkat kesabaran akhirnya dapat juga saya menerbitkan sebuah buku walaupun dengan kos sendiri.Cukup merupakan satu kepuasan yang ternilai. Hanya mereka yang pernah melaluinya akan merasakan nikmat ini...

Perjalanan masih jauh jika di izin Tuhan untuk hidup lebih lama. Insya Allah sebelum hujung tahun ini saya akan menerbitkan satu lagi buku tetapi kali ini tentang manajemen hospital jika diizinkan oleh Bos . Harap-harap diizinkan kerana buku ini sudah hampir siap untuk di edit. Dalam benak ni ada dua lagi tajuk yang difikirkan sesuai tetapi tentunya pada tahu hadapan.


Kalau kita fokus dan komited tentu kita mampu menjadi penulis. Sekarang inipun saya dah menjadi penulis tetap di blog saya sejak Oktober tahun lepas. InsyaAllah akan berterusan.

Jika nak dibandingkan dengan orang Barat, pasaran buku di negara kita masih terbatas kerana minat orang kita untuk membaca sangat rendah.Jarang kita melihat orang kita yang membaca buku sambil menunggu kapalterbang, dalam kapal terbah atau diperhentian bas. Masih lumayan jika masih mahu membaca surat khabar. Orang barat atau lebih dikenali sebagai Mat Salleh tak lekang buku ditangan mereka. Buku apa yang dibaca kitapun tak pasti tapi yang pasti mereka membaca.Saya perhatikan masyarakat kita lebih suka tidur, termenung entah apa yang difikirkan atau main game play station.

Tren anak muda tentu bermain komputer tapi bila saya intip banyak yang bermain game. Ada juga yang membaca internet tapi bahan apa yang dibaca kita tak pasti.

Mudah-mudahan usaha saya yang kecil ini akan di berkati Allah dan lebih mendorong saya untuk berkarya terutama dalam bidang kerjaya dan pengurusan hospital swasta.
Wassalam

No comments:

Post a Comment