Thursday, May 27, 2010

Dah beberapa hari saya tak sempat menulis kerana kesibukan kerja dan badanpun terasa amat penat. Hari Selasa dan Rabu saya berulang alik ke kajang kerana buat survey akreditasi di salah sebuah hospital swasta. kebetula saya dipilih untuk menjadi chief surveyor. Memang jadi surveyor ini amat menyeronokkan kerana kita juga belajar banyak dari hospital yang kita survey.Proses pembelajaran perlu berjalan terus kerana kualiti bukan benda yang statik. Manusia punyai kelebihan masing-masing dan banyak benda baru yang kita dapat bila kita menjadi surveyor.

Akreditasi melibatkan semua komponen dalam sesebuah hospital dan proses survey disebut peer review kerana surveyor yang datang semuanya mempunyai kepkaran dalam bidang-masing kerana mereka juga menjalankan kerja yang serupa di hospital mereka. Contohnya jika bidang nursing maka surveyor mestilah seorang jururawat yang cukup berpengalaman.Begitu juga untuk membuat survey dalam bidang klinikal maka surveyor mestilah seorang pegawai perubatan. Dengan cara ini surveyor dapat memberikan pandangan yang rasional untuk kebaikan hospital yang menjalani survey.

Internal surveyor dalam syarikat hanya mengambil masa dua hari sahaja tetapi jumlah surveyor yang terlibat lebih dari sepuloh orang. Jadi skop kerja yang di survey cukup luas dan komprehensif. Internal survey dilakukan sebelum survey sebenarnya oleh badan akreditasi resmi iaitu MSQH. Pada survey yang sebenar nanti cuma 5 orang surveyor yang terlibat dan mereka akan melakukan survey selama 3 hari .

Akreditasi amat penting untuk menjamin mutu perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah hospital. Jika servis tidak diawasi oleh badan luar maka tidak ada siapa yang tahu tentu mutu perkhidmatan yang diberikan. Dengan adanya akreditasi maka standar minima telah dipenuhi tetapi hospital yang tidak terakreditasi maka tidak ada siapa yang tahu sama ada mereka telah memenuhi standar minima ini.

Proses ISO amat berbeza dengan akreditasi kerana ISO hanya menekankan proses penyimpanan rekod dengan tidak menekankan keperluan proses klinikal bagi sesuatu perkhidmatan. Mereka yang datang untuk membuat pemeriksaan disebut auditor dan mereka bukan semestinya orang yang berpengalaman dalam bidang perubatan. Sesiapa sahaja boleh menjadai auditor asalkan mereka mempunyai sijil dari badan yang mengeluarkan pensijilan ISO. Jadi proses audit amat berbeza dnegan proses akreditasi. ISO adalah proses yang sangat generik dan bolah dipakai disemua bidang perkhidmatan sama ada bidang pembuatan atau perkhidmatan.

Bagi sesuatu hospital yang terbaik adalah akreditasi dan ISO adalah pelengkap untuk menjaga SOP dan penyimpanan rekod perkhidmatan.

Di negara kita belum ada suatu peraturan yang mewajibkan hospital mendapatkan pensijilan akreditasi jika ingin beroperasi. Entah bila perkara ini akan diwajibkan tak ada siapa yang pasti. Semuanya tergantung kepada Kementerian Kesihatan. Di sesetengah negara akreditasi sudah diwajibkan untuk menyambung lesen atau untuk membuka hospital baru. Saya secara peribadi berpendapat sepatutnya pensijilan akreditasi diwajibkan jika ingin membuka hospital baru dan begai hospital yang sedia ada mereka perlu mendapatkan akreditasi jika ingin memperbaharui lesen. Akreditasi hanya mewajibkan pematuhan kepada standar minima bukannya yang maksima. Jika tak terakreditasi maka standar minimapun belum tentu dipatuhi.

Wassalam

No comments:

Post a Comment