Tuesday, May 4, 2010

Petang tadi saya berangkat dari Seremban ke Pasir gudang Johor. Perjalanan cukup lancar kerana tak banyak kenderaan. Ada jugalah hujan turun sekejap-sekejap, cukuplah untuk mengotorkan kereta.Pertengahan jalan saya nampak lori trelar terbalik masuk longkang besar. Nampaknya kecelakaan parah kerana lori terbalik dan dindang lori habis bertaburan. Tak lama lepas tu kereta bomba tiba. Mungkin pemandu atau penumpang lori tersepit. Macam tulah keadaan di lebuhraya. Kemalangan biasanya kerana terlanggar pembatas jalan, masuk longkang atau gterlanggar belakang kenderaan di hadapan.Puncanya tak ada siapa yang tahu. di sepanjang jalan tak ada speed trap, tak tahulah kalau nanti ada saman ekor. Yang pasti di sepanjang perjalanan ada dua kereta peronda yang menahan beberapa buah kenderaan termasuk lori. Nak masuk ke Pasir gudang ada pula polis bermotor yang menahan dua buah lori. Tak tahulah kesalahan apa yang mereka lakukan.

Keadaan pada waktu selepas magrib cukup sibuk di Pasir Gudang ni. Cuma empat bulan saya tak balik ke sini ternyata banyak perubahan yang berlaku. Beberapa taman perumahan yang dulunya baru siap kini dah penuh penghuni. Sebab tu jalan mulai sesak.Stesyen minyak kalau dulu cuma ada satu tapi kini dah ada tiga. Hospital swasta kalau dulu cuma ada satu kini sebuah lagi hospital swasta yang lebih besar sedang di bina. Mungkin dua tahun lagi akan siap dan akan menjadi pesaing sengit terhadap hospital swasta yang ada sekarang. Di kawasan seri Alampun dah dibuka satu lagi hospital swasta. Jadi kemudahan untuk mendapatkan rawatan bagi penduduk di Pasir gudang dah meningkat.

Sekarang musim anak-anak kita di universiti menduduki pemeriksaan semesta.Jadi bertungkus lumuslah mereka. Yang rajin tu tentunya akan menikmati hasil kejayaan mereka. Yang malas macam biasa tak akan lulus. Kalau luluspun cukup makan paras hidung. Emak bapa sekarang ini ternyata lebih stress dari anak-anak. Lihat saja persiapan yang dilakukan oleh emak bapa untuk peperiksaan UPSR. hantar tusyen sana sini dan sanggup belanja sakan. Itu baru peperiksaan darjah enam.Ada seorang doktor yang bercerita pada saya tentang satu kisah. Seorang ayak yang seperti kehilangan pertinbangan kerana anaknya patah kaki sebulan sebelum ujian UPSR. Si ayah terjerit terlolong, mengamuk tak tentu pasal dan menyalahkan Tuhan kenapa hal itu terjadi pada anak dia. Dia kata dia sudah berbelanja besar untuk mempastikan kejayaan anaknya tapi sebulan sebelum peperiksaan anak ny apula patah kaki. Saya tak pasti cerita selanjutnya macam mana. Orang yang beginipun ada di zaman ini. Setakat UPSR masih belum sampai ke mana.Yang menetukan arah perjalanan anak kita adalah peperiksaan SPM kerana selepas itu nanti mereka akan masuk matrikulasi, diploma , STPM atau tak sekolah lagi. Yang mampu menyambung pelajaran mungkin 20% sahaja.Selebihnya akan mula mencari pekerjaan. Di sinilah sepatautnya kita berbelanja lebih untuk mempastikan kejayaan anak kita dalam peperiksaan. Setelah UPSR masih ada PMR dan setelah itu baru SPM. Lepas matrik kalau nak masuk jurusan perubatan, Farmasi atau kedoktoran gigi di IPTA perlu dapat 4 flat atau semua A dalam mata pelajaran Matematik, Kimia ,Biologi atau Fisik. Kalau tak dapat alamat melepaslah gigit jari. kalau dapat 2A 1 B bolehlah dimasukkan ke IPTS tapi belanjanya cukup besar dan tak ramai yang mampu.

Mari kita berdoa agar anak-anak kita berjaya. Kalau kurang dalam bidang akademik masih ada bidang lain yang boleh mereka ceburi. Yang penting galakan, doa dan dorongan dari ibu bapa. Jangan kita memperkecilkan anak kita kerana itu akan menyakitkan hati mereka dan boleh menggelapkan masa depan mereka nanti.
Wassalam

No comments:

Post a Comment