Wednesday, May 5, 2010

Hari ni saya menghadiri kursus di JB.Waktu nak balik ke Pasir Gudang jalan jem gila. Lebih setengah jam jalan macam semut. Rupanya tengah jalan ada lori rosak.Highway PG ni memang macam tu.Jika ada kereta rosak atau kemalangan maka jem akan berkilo. Waktu nak masuk PG disebelah kanan jalan kereta mulai sesak dari PG ke JB. Kalau lewat jam 5 petang memang jem gila dari PG ke JB. Rasanya dah sampai masanya dibuat jalan alternatif. Kalau tidak selamanyalah masalah ini akan berterusan.

Banyak syarikat yang menjalankan perkhidmatan berbentuk services sekarang sibuk melantik consultant untuk melatih staf bagaimana nak menyambut pelanggan. Nak senyumpun kena ajar. nak ajar macam mana mengucapkan terima kasihpun sulit. Jadi yang banyak buat duit adalah training consultant. Dalam agama kita senyum itu sedekah.Tapi rata-rata kita sekarang sulit sangat nak senyum. Entah apa masalahnya kitapun tak tahu. Kalau di hospital lagilah perlu banyak senyum dan bertuturkata dengan perkataan yang menyenakkan hati. Tapi yang terjadi staf masam semacam.Hari-hari pesakit akan komplain staf masam mencuka. Ada yang mengungut nak masukkan dalam surat khabar kerana geram sangat. Training oleh consultan bukannya murah, ratusan ribu ringgit dan waktunya pula berbulan -bulan.

Masalah ini adalah masalah generasi.Kalau dulu kita mudah memberikan senyuman tapi kini generasi muda lebih bersikap tak ambil peduli dengan orang lain.Jumpa orangpun buat tak nampak aja. Ini yang memeningkan kepala kita.Orang yang sakit ni memang amat sensitif dan memerlukan layanan yang sempurna dari staf.Kalau staf masuk bilik pun tak ketuk pintu, apa lagi tak beri salam sudah tentu pesakit akan komplain.Nak beri ubatpun tak minta izin, tak beri penjelasan tapi main cucuk aja. Itulah antara beberapa aduan yang kita terima

Di jalan raya keadaannya lebih stress. Nak melintas jalan sekarang terpaksa main sorong aja kereta kalau tidak alamat tak akan lepas kerana tak ada yang nak memberi laluan. Saya memang dah kebiasaan dari dulu akan memberi laluan bila kita lihat patut berbuat demikian. Mungkin kerana tabiat ini saya sering mendapat laluan bila amat memerlukannya. Saya yakin Allah akan mempermudahkan kehidupan kita bila kita juga mempermudah kehidupan orang lain.

Memang tanggungjawab generasi tua semakin berat untuk melatih anak-anak kita supaya bersopan dan sentiasa menghormati orang. Di sekolah pun pendidikan ini perlu diperkasa begitu juga di Perguruan Tinggi. Jika hanya akademik yang diutamakan maka seluruh masyarakat akan mengalami kesulitan nanti bila anak-anak ini mula memasuki bidang pekerjaan dan memberikan perkhidmatan pada masyarakat.
Mari kita mulai dari rumah kita dan orang-orang yang ada disekitar kita.

Wassalam

No comments:

Post a Comment