Saturday, May 29, 2010

Pagi tadi ditempat kerja saya diadakan majlis penutup minggu OSH peringkat hospital. Program kesedaran tentang kepentingan menjaga Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja telah dimulai pada hari isnin lepas.
Dalam bahsa Melayu OSHA di sebut akta keselamatan dan kesihatan pekerja 1994. Di bawah akta ini pihak majikan perlu membentuk sebuah jawatankuasa yang terdiri dari pihak pengurusan dan anggota pekerja. Pihak majikan perlu menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja .Dalam rangka melaksanakan tanggungjawab ini pihak majikan perlu melakukan tindakan berikut:
-mengadakan latihan, seminar, bengkel untuk mendidik anggota pekerja agar faham tentang tanggungjawab mereka menjaga keselamatan dan kesihatan diri.
-melantik seorang doktor OSH yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh NIOSH
-menyediakan peralatan Personal Preventive Equipment supaya anggota pekerja menggunakan peralatan tersebut bila mana perlu
-Mengenalpasti bahan-bahan kimia yang boleh mendatangkan bahaya
-meyediakan kemudahan peralatan untuk memenuhi keperluan menjaga egronomi pekerja
-menyediakan kemudahan vaksinasi dan pemeriksaan kesihatan pekerja
-memenuhi semua keperluan yang termaktub dalam semua akta yang perlu dilaksanakan di peringkat hospital

Bagi saya tanggungjawab majikan mudah untuk dilaksanakan tetapi partisipasi staf yang agak sulit dijamin kerana dua isu utama iaitu:

-ilmu
-sikap

Ilmu boleh diberikan melalui latihan, seminar, ceramah, bengkel dan sebagainya tetapi membentuk sikap yang betul mempunyai cabaran yang tersendiri.
Saya mengambil contoh mudah tentang kepatuhan staf tentang hand washing. Prosedur ini adalah keperluan wajib untuk menjaga keselamatan diri. Setiap kali selepas menyentuh pesakit staf perlu melakukan hand washing kerana kalau tidak transmisi bakteria, virus dan sebagainya akan berlaku dari pesakit kepada staf dan bila staf menyentuh pesakit lain maka pesakit itu pula akan terkena jangkitan.Bayangkan jika disiplin ini tidak dijaga maka kemungkinan tersebarnya sesuatu penyakit akan menjadi besar dan boleh menimbulkan berbagai masalah.

Satu lagi isu penting yang menuntut disiplin dan sikap yang betul bagi staf adalah tentang kepatuhan untuk mengelakkan needle stick injury. Dalam bahasa mudah disebut keceraan akibat tercucuk jarum yang telah digunakan kepada pesakit. Jika tercucuk jarum yang terkontaminasai dengan kuman seperti HIV, hepatitis dan sebagainya maka nyawa staf dalam bahaya. Oleh itu sikap yang betul perlu ada pada semua staff.

Tema OSH peringkat dunia pada tahun ini adalah kemunculan tren baru dalam kontek keselamatan dan kesehatan pekerja. Sekarang ini berkembang teknologi baru seperti nano technology dan biotechnology. Ianya teknologi baru yang belum ada kajian teliti yang dilakukan untuk mengkaji kesan pada pekerja yang mengeluarkan produk tersebut dan juga kesan kepada pengguna.

Peringkat stress bagi pekerja juga semakin me ningkat sesuai dengan perkembangan teknologi dan tuntutan hidup. Sekarang sudah ada bangunan tertinggi di dunia yang melebih 800 meter dan sudah ada ura-ura jutawan Arab Saudi yang merancang untuk membina bangunan setinggi 1 kilometer. Bayangkan stress yang akan ditanggung oleh pekerja yang melakukan kerja ini.

Tuntutan hidup yang semakin komplek juga menigkatkan tahap stress pada pekerja di banyak sektor terutama di hospital swasta. Jadi kemampuan staff menyerap stress ini amat menentukan tahap kesihatan mereka.

Sebagai kesimpulan saya menekankan tentang kepentingan tiga pihak untuk menentukan kejayaan pelaksanaan program penjagaan kesihatan dan keselamatan pekerja. Ketiga -tiga pihak yang saya maksudkan adalah:
-majikan yang diwakili oleh pihak pengurusan
-anggota pekerja
-ketua jabatan yang memantau kepatuhan staf pada setiap peraturan yang ada.

Wassalam

No comments:

Post a Comment