Monday, May 24, 2010

Pagi Ahad saya memandu ke Johor Bahru.Jalan tak lah begitu padat kerana tak banyak kenderaan. Sampai di tangkah di sebelah jalan saya lihat ada road block. Macam biasa banyak kereta yang kena saman. Saya sejak kena saman beberapa kali kenalah ikut speed limit, takut nanti kena lagi. Jalan di lebuhraya ni memang cenderung nak bawa laju kerana jalannya lurus dan tak banyak kereta apa lagi masih pagi.

Sampai di JB saya menginap di hotel lima bintang di Bandaraya Johor Bahru. Hotel ni memang dah lama tapi biliknya terjaga dengan baik. Warna cat di dinding masih cantik tak ada comot sedikit pun. Cuma TV model lama dan masih disimpan dalam almari kayu. Hotel baru pada umumnya menggunakan TV plasma bukan lagi TV gemuk model lama tu. Tapi tak kisahlah .Yang penting bilik selesa dan bersih. Pagi hari beli nasi lemak, wah harga boleh tahan RM 4.50 sepinggan tapi ada telur dan lauk kerang .Sehari sebelum tu saya makan nasi lemak dan secawan teh di kawasan Ampang dan harganya RM 11.40 sepinggan.Wah tinggi sekali. Jadi nasi lemak di JB jauh lebih murah dibandingkan di Ampang ni.

Saya tiggal di JB satu malam kerana ada urusan resmi. Petang tadi saya drive balik ke Seremban, macam biasa ikut speed limit takut kena saman .Perjalanan lancar kerana tak banyak kenderaan.

Dalam akhbar hari ni ada ditulis tentang ubat batuk yang digunakan untuk berkhayal dan pihak penguatkusa telah menyerbu sebuah premis di KL yang menjual ubat ini secara bebas dengan harga 50 sen sebiji. Sekarang ubat telah dirampas dan pemilik akan didakwa di bawah akta racun berjadual 1952 yang membawa penalti RM 5000 jika sabit kesalahan. Mungkin denda tak akan menyebabkan mereka jera kerana hasil pulangan dari perbuatan haram ni lebih lumayan.
Dextromethorpan adalah ubat antitussive iaitu ubat yang digunakan untuk menghilangkan batuk. Ubat ini akan memberi kesan pada signal di otak yang mengawal batuk. jadi dia menekan pusat batuk diotak. Cuma kesannya tak sehebat narkotik seperti codein.
Bila dah bekerja di otak tentu dia akan menekan fungsi saraf pusat vdan dalam dos yang tinggi boleh mendatangkan kesan halusinasi dimana pengguna akan berada dalam keadaan hayal.Kesan inilah yang dicari oleh penagih dadah kerana harga ubat ini amat murah dibandingkan dengan ubat penghayal yang lain.

Ubat ini digolongkan ke dalam ubat kawalan yang hanya boleh didispen oleh Ahli Farmasi.Jadi jika tak ada lesen farmasi maka tak dibenarkan untuk menjual ubat.

Dalam akhbar disebutkan bahawa ubat ini digunakan untuk batuk kering. Kita jangan keliru dengan istilah ini kerana perkataan batuk kering biasanya digunakan untuk menggambarkan penyakit Tuberculosis . Ubat ini bukan untuk batuk kering tetapi digunakan untuk menghilangkan batuk yang tidak berdahak. Dalam bahasa saintifiknya disebut non productive cough.Jadi untuk penyakit batuk bukannya TB.

Kenapa nak-anak remaja kita suka mengambil ubat-ubatan untuk berkhayal. Apakah mereka ingin melarikan diri dari kesulitan atau masalah yang mereka hadai atau kerana apa? Dah banyak usaha yang dilakukan tapi penyakit ini masih berterusan dan kita tak pasti sama ada angkanya menaik atau menurun. Yang pasti penggunakan bahan ini akan menjahanamkan diri mereka sendiri. Mula-mula dextromethorpan tapi kemudian akan berpindah ke jenis yang lebih kuat sperti heroin, morfin dan sebagainya, Jika dah terjebak maka mereka akan menjadi mayat bernyawa yang tak tentu haluan hidup dan menjadi sampah masyarakat. Jadi hati-hatilah

Wassalam

No comments:

Post a Comment