Saturday, May 1, 2010

Farmasi berasal dari perkataan Greek Farmacon yang berarti penyembuh(remedy).Farmasi juga berkait dengan perkataan Mesir ph-ar-maki(pengurniaan keselamatan).
Secara lengkap farmasi berarti:
1. Kemahiran menyediakan dan mendispen ubat
2.Tempat di mana ubat-ubatan dijual, disimpan.Ia juga disebut apoteker(apothecary)


Sejarah farmasi ini dimulai 80,000 tahun yang lalu di Mesopothenia, Mesir dan Cina. Masyarakat mereka pada waktu itu telah mula menggunakan berbagai jenis flora untuk dijadikan ubat-ubatan.Malah telah mula digunakan proses kimia untuk mengekstrak kandungan yang ada pada tanam-tanaman.
Yang baru tentunya bidang farmasi di negara kita.Sebut saja farmasi orang akan menjadi keliru.Sebab itu pemisahan dispensing dan preskripsi ubat oleh doktor masih belum berlaku.Klinik-klinik masih dibenarkan menyimpan ubat dan doktor akan menjual secara langsung ubat tersebut kepada pesakit.

Di Mesir ahli farmasi memang setraf dengan doktor perubatan. Sebab itu ahli farmasi juga dipanggil dengan panggilan doktor oleh masyakat.Mereka bebas menjual ubat-ubatan kepada pesakit kerana memang dibenarkan oleh undang-undang untuk berbuat demikian.Peranan ahli farmasi di negara kita sangat terbatas. Kalau kita ke premis farmasi kitapun tak perasan yang mana satu ahli farmasi dan yang mana satu jurujual. Memang tak dapat dibezakan kerana mereka tak menggunakan identiti khusus.Bila hal ini terjadi masyakat tidak meminta penjelasan lanjut dari ahli farmasi tentang ubat-ubatan yang mereka beli. Mungkin mereka menyangka jurujual yang membekalkan ubat tersebut. Salah kita juga kerana ahli faramsi tidak menggunakan identiti khusus.Mungkin kalau mereka pakai lab coat atau tanda nama pada baju mungkin masyarakat akan tahu yang mereka adalah ahli farmasi yang boleh memberi kaunseling.
Makan ubat memang mudah tapi kita perlu tahu peraturan untuk memakannya. Contoh telah saya berikan dalam tulisan saya sebelum ini di mana pesakit yang diberikan prazosin hampir jatuh pengsan setelah mengambil ubat tersebut. Dia tak pernah diberitahu tentang kesan yang disebut postural hypotension.begitu juga dengan ubat tidur yang boleh mendatangkan kesan hanging over effect untuk tempoh waktu antara 24 sampai 48 jam. Kesan ini akan menyebabkan pesakit merasa seperti khayal dan tidak berpijak dibumi nyata.
Ubat yang sering dibeli dari premis farmasi tentunya ubat batuk dan selsema. Ubat ini pada umumnya mengandungi antihistamin. Antara kesan sampingan yang paling ketara adalah rasa mengantuk setelah memakan ubat yang berkenaan. Jika memandu kereta tentu akan mendatangkan bahaya dan boleh menyebabkan kemalanagan. Tapi apakah pesakit diberi peringatan tentang kesan ini sewaktu membeli ubat di kedai farmasi atau dari klinik doktor.
Setakat ini belum ada kajian tentang perkara ini. Apakah kecelakaan yang terjadi mungkin disebabkan faktor pemandu mengantuk kerana mengambil ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan ini. Tak ada siapa yang tahu.Cuma masalahnya adalah siapa yang akan membuat kajian ini.

Sebagai pengguna sepatutnya kita bertanya lebih lanjut kepada doktor atau ahli farmasi kesan sampingan ubat-ubatan yang bakal kita makan. Begitu juga doktor dan ahli farmasi atau pembantu farmasi yang akan mendispen ubat-ubatan tersebut memberi peringatan kepada pesakit.

Di hospital yang terakreditasi memang dituliskan label peringatan ini. Begitu juga hospital-hospital milik kerajaan. Bagaimana pula dengan ubat -ubatan yang didispen oleh klinik-klinik persendirian. ? atau hospital-hospital swasta yang tak terakreditasi?

Entahlah kitapun tak pasti tentang perkara ini.

Sewaktu conference yang saya hadiri baru-baru ini saya sempat menghadiri mesyaurat Agung Persatuan Kualiti. Sewaktu perbincangan terjadi sedikit ketegangan kerana ada beberapa orang doktor yang memiliki klinik persendirian tidak bersetuju jika akreditasi ini diwajibkan keatas mereka. Mereka amat bimbang jika mereka nanti terpaksa memperbaiki klinik dan mengambil staf yang lebih berkelayakan untuk bekerja. Tentunya yang mereka takutkan adalah soal kos yang akan dikeluarkan. jadi mesyuarat menjadi riuh rendah. Akhir dibuat kesimpulan bahawa Persatuan kualiti tak ada kuasa untuk menguatkuasakan pematuhan kepada sistem kualiti. Yang ada kuasa tentunya kementerian. Jadi mereka yang membuat bising tersebut rupanya tersalah pilih forum untuk mengemukan ketakutan mereka.
Bagi saya jika kita menganggap diri kita sebagai professional sepatutnya kita bersikap terbuka. Sistem akreditasi klinik adalah jalan untuk mencapai tahap kualiti minima untuk memberikan rawatan yang selamat kepada pesakit. Ianya bukan tahap maksima. Jika akreditasi tak ada maka tahap minimapun kita tak pasti dicapai atau tidak.

Sebagai pengguna kita mesti bijak memilih tempat rawatan. Jangan ambil ringan. Pilihlah tempat yang kita rasa boleh memberikan rawatan terbaik bagi kita. Macam membeli barang dipasar pilihlah tempat yang bersih dan menjual bahan dan barang yang bermutu.
Wassalam

No comments:

Post a Comment