Thursday, May 20, 2010

Dah agak lama saya tak menulis tentang ubat-ubatan. Kalai ni saya ingin membicarakan tentang permasalahan ubat-ubatan. Sekarang dah menjadi kebiasaan doktor untuk mempreskrip ubat ubatan untuk tempoh waktu yang lama bagi kes-kes kronik.Yang dimaksud dengan penyakit kronik adalah penyakit berpanjangan seperti diabetes, hypertension, lemah jantung dan sebagainya. Doktor pada umumnya akan mengikut kehendak pesakit supaya bekalan ubat-ubatan diberikan untuk tempoh yang lama seperti 3 bulan supaya pesakit tak perlu berulang alik ke hospital.Jadi mereka hanya perlu datang setelah 3 bulan.

Amalan seperti ini mempunyai risiko tersendiri kerana jika pesakit tidak mempunyai peralatan untuk mengukur tekanan darah atau kadar gula dalam darah maka risiko kepada pesakit adalah tinggi. Jika ubat dimakan mengikut arahan tetapi tekanan darah tak pernah diukur maka pesakit tak pasti sama ada penyakit hypertension mereka terkawal atau tidak. Ukuran hanya dibuat setelah tiga bulan bila pesakit berjumpa kembali dengan doktor. Tekanan darah tinggi yang tak terkawal akan menyebabkan jantung besar sebelaj dan menjadi lemah kerana tekanan darah yang keluar dari jantung tak seimbang dengan kemampuan saluran darah untuk mengalirkan darah yang keluar dari jantung.Akibatnya akan terjadi lemah jantung dalam jangka waktu panjang. Risiko yang lebih merbahaya adalah serangan jantung akut yang dipanggil AMI atau stroke akibat dari pecahnya saluran darah.

Pesakit diabetes juga akan mengalami risiko yang tinggi jika kadar gula dalam darah tidak diukur secara tetap. Ukuran tiga bulan sekali adalah tidak memadai . Jika kadar gula dalam darah terus tinggi maka ia akan merosakkan saluran darah ke organ penting sperti buah pinggan, kaki , mata , jantung dan sebagainya. Akibatnya akan terjadi komplikasi dalam jangka panjang seperti kerusakan buah pingga, kerusakan mata, sakit jantung dan busuk pada kaki.Jadi pesakit perlu berusahakan sendiri membeli peralatan untuk mengukur tekanan darah atau kadar gula dalam darah. Alat tersebut boleh dibeli di kedai-kedai farmasi di seluruh negara.

Ini baru cerita tentang ukuran tekanan darah atau gula. Bagaimana pula tentang kefahaman pesakit tentang nama ubat, macam mana nak memakannya, bagaimana kalau ada kesan sampingan atau sebagainya. Maklumat ini perlu diperolehi oleh pesakit. Kalau doktor tak memberi tahu maka pesakit perlu berusaha sendiri mencari maklumat tersebut supaya sebagai pengguna pesakit mendapat manfaat yang terbaiki bila menggunakan ubat-ubatan.

Pagi besok saya akan berangkat ke KL menghadiri taklimat tentang cadangan untuk menambah baik peraturan yang tercatat dalam Private Healthcare Facilities and Services Act 2006 kerana ada beberapa perkara dalam akta tersebut yang dipertikaikan oleh pihak hospital swasta. Namanya pun Private healthcare facilities maka ianya hanya dikuatkuasakan kepada hospital-hospital swasta sahaja sedangkan hospital kerajaan diberi pengecualian. Ini yang menimbulkan ketidakpuasan hati pihak swasta.Saya sendiri pun tak pasti apa yang akan dibincangkan besok.
Macam biasa jika berangkat dari Seremban maka pagi-pagi buta lagi selepas solat subuh dah harus berangkat dengan kereta kalau tidak akan terperangkap jem selepas tol Sungai Besi.
Jumpa lagi. Wassalam

No comments:

Post a Comment