Wednesday, May 19, 2010

Hari ahad yang lepas satu rombongan dari Pekan baru Indonesia membuat lawan ke hospital tempat saya bekerja. Mereka datang ke Negeri Sembilan atas tajaan MAATA iaitu persatuan agen pelancongan. tujuan mereka membuat lawatan adalah untuk mengenal pasti tempat-tempat pelancungan dan hospital yang sesuai bagi rakyat di sana mendapatkan rawatan perubatan. Rombongan terdiri dari orang dewasa dan kanak-kanak. jumlah mereka adalah seramai 25 orang.
Saya memberikan taklimat tentang kemudahan yang ada di hospital kami dan jenis rawatan yang boleh ditawarkan kepada mereka. Nampak macam berminat tapi kita akan lihat macam mana hasilnya nanti. Yang menjadi isu utama dalah kadar pertukaran wang . Sekaran ini pertukaran adalah sekitar RM 1 bersamaan Rp 2300. Dikuatiri bila ditukarkan ke dalam mata wang rupiah ia akan menjadi begitu besar.
Setakat ini jumlah rakyat Indonesia yang berubat di Melaka dan Pulau Pinang cukup ramai.Tapi yang datang ke Negeri Sembilan masih kecil .Jadi agensi pelancongan NS sedang berusaha untuk menambah jumlah pelancong perubatan ke NS. Sekarang agensi ini sudah diberi KPI oleh Kerajaan NS. Mahu tak mahu harus dirintis jalan agar pesakit yang selama ini berubat di tempat lain akan datang ke NS untuk mendapatkan kemudahan rawatan. Fasiliti yang ada di NS sama canggih dengan negeri lain di Semenanjung.
Masalah utama untuk datang dari Pekan Baru adalah perjalanan yang cukup lama jika menaiki feri. Dari pekan baru ke Dumai dengan kereta atau bas akan mengambil masa 4 jam. Dari Dumai menaiki feri ke Port Dickson mengambil masa 3 jam. Kemudian dari PD ke Seremban mengambil masa 40 menit. Jadi jika dijumlahkan cukup lama, apa lagi bagi mereka yang sakit. Nampaknya kalau datang untuk tujuan melancong dan membuat medical check up bolehlah tetapi jika datang berubat kerana sakit rasanya jalan darat tak kondusif untuk mereka. Ini yang perlu difikirkan secara serius jenis rawatan apa yang akan ditawarkan.
Saya dijemput oleh rombongan dari sana untuk membuat lawatan balas ke Pekan baru. Bila difikir balik jauhnya perjalanan rasanya macam berat juga. Bagi saya perjalanan dengan feri dari Dumai ke Melaka atau ke PD bukan perkara baru. Tujuh tahun yang lalu saya memang kerap berulang alik dari Padang ke Pasir Gudan Johor melalaui jalan darat dan laun. Dari Padang saya akan menaiki bas selepas solat Magrib dan sampai di Dumai waktu subuh. kemudian lepak di jeti selama 4 hingga 5 jam. lepas tu naik feri sekitar jam 11 dan sampai ke Melaka 3 jam kemudian. jam 2 petang naik bas ke JB dan sampai di Pasir Gudang hampir magrib. Bayangkan sehari semalam perjalanan tersebut. dulu mungkin masih kuat kerana belum begitu tua. Tapi sekarang agak keberatan walaupun badan masih sihat tak ada penyakit. Tapi jemunya dalam perjalanan tu yang menyebabkan saya harus berfikir dua kali.

Kalau naik pesawat dari Pekan Baru ke LCCT hanya mengambil masa 50 menit. Dari LCCT ke seremban 40 menit. Jalan ni lebih praktikal dan boleh diusahakan .Kosnya pun tak banyak beza dengan jalan laut dan darat.Melaka mempunyai kelebihan kerana mereka boleh sampai di sana menaiki feri atau pesawat ke batu berendam.Kalau ke NS menaiki feri akan sampai di PD dan menaiki pesawat turundi LCCT. Dalam kontek jarak perjalanan Melaka lebih sesuai untuk mereka. Tapi jika servis kita lebih baik maka pesakit akan memilih kita. Jadi perlu diusahakan agar jumalah pelancong perubatan ini dapat dipertingkatkan.

Tren berubat di luar negara bukan lagi baru dan ianya sudah terjadi sejak lama. Thailan sekarang ini menjadi pilihan rakyat Amerika kerana kos yang jauh lebih murah. Perjalanan dari US akan mengambil masa lebih dari 12 jam dengan pesawat tetapi mereka sanggup terbang kerana kos rawatan di sana hanya 30 % dari kos di US. Ini penyebab utama. Cuma kos perubatan di NS apakah akan lebih murah dari di Indonesia tentu perlu di halusi secara mendalam kerana wang Indonesia jauh lebih kecil dari Malaysia. Tapi jika ribuan rakyat di sana sudah berubat di Melaka dan Pulau Pinang tentu potensi utnuk membawa mereka berubat ke NS tentu masih ada.

Bulan Jun rombongan dari NS akan dibawa MATTA untuk embuat kunjungan balas dan membuka pameran di ekspo Pekan Baru.Perjalanan akan di taja oleh Kerajaan melalaui jalan laut dan darat. Saya tak pasti lagi akan berangkat atau tidak kerana seperti yang saya sebutkan tadi bahasa jalan laut kurang selesa bagi saya. Lihat nantilah bagai mana.
Wassalam

No comments:

Post a Comment