Tuesday, May 25, 2010

Dalam berita semalam ada disebutkan tentang kejayaan seorang pensyarah universiti tempatan mencipta satu kaedah untuk membolehkan wanita hamil secara tak sengaja mencoretkan cita rasa dan pilu di hati mereka. Karikatur yang terbentuk menceritakan secara mendalam perasaan perempuan-perempuan tersebut dan kesemua mereka yang mengandung diluar nikah akhirnya ditinggalkan oleh laki-laki yang menghamilkan mereka. Sebab itu bila bayi dalam kandungan dilahirkan maka si ibu menjadi panik dan tergamam membuang bayi bersangkutan ke mana sahaja hatta dalam longkang, dalam tong sampah malah ada yang di tanam hidup-hidup. Jumlah kejadian yang begini semakin bertambah dan amat membimbangkan.

Kalau di teliti secara jujur perkara ini timbul kerana beberapa sebab:

-lemahnya pegangan agama.Bila iman tipis maka maksiat mudah dilakukan . Bila nafsu dah memuncak maka wanita akan rela menyerahkan segalanya kerana hanyut dengan pujukan sang pacar. Dah dapat ibarat habis manis sepah dibuang. Bagi laki-laki dia cuma menanggung dosa tapi bagi wanita selain dosa perlu menanggung bayi dalam kandungan sehingga bersalin. Bila dah bersalin dibuang pula maka akan bertambah dosa.
Siapa yang mendidik anak-anak dengan ajaran agama, dengan iman, dengan akhlak. Jawabnya tentu ibubapa. Apakah kita telah melakukannya sesuai dengan pembesaran anak-anak kita.Nabi berpesan latihlah anak mu solat bila berumur 7 tahun dan pukullah mereka jika tidak solat bila berumur 10 tahun.Persoalannya berapa ramai dari kita yang melaksanakan perintah ini. Entah-entah kitapun tak solat apa lagi nak menyuruh anak kita solat. Kajian yang pernah dilakukan beberapa tahun lepas hanya sepuluh peratus umat islam di negara ini yang melaksanakan solat secara sempurna. Jadi 90 peratus tak solat. Sebab itu masalah kita tak pernah selesai malah semakin bertambah dari hari ke hari kerana persoalan pokok masih tak selesai.

Anak-anak perlu berada dalam rumah sebelum magrib bukannya masih sibuk menyepak bola di padang. Sudahkah kita melaksanakan perintah ini. Waktu magrib adalah waktu dimana syaitan akan berkeliaran mencari makan dan jika anak-anak kita masih berkeliaran maka mudahlah bagi syaitan untuk menyelinap masuk dan mempengaruhi tingkah laku mereka. Mungkin kita antara percaya atau tidak tentang perkara ini.

Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian adalah disiplin kita mendidik anak-anak. Anak-anak yang degil perlu diberikan pengajaran secara fizikal tapi taklah sampai mencederakan. seorang ulama pernah berpesan bila kita tidak pernah merotan anak-anak kita sewaktu mereka kecil maka bila mereka besar nanti kita yang akan dirotan oleh mereka. Jadi ingat-ingatlah

Faktor lain yang mendidik dan membentuk hati adalah sumber rezeki yang kita perolehi untuk membesarkan anak-anak kita.Rezeki yang halal walaupun sedikit akan memberi berkat dan kesejahteraan kepada kita tapi rezeki yang haram walaupun pada mata kasar membawa kebahagian tetapi nyatanya akan membawa bencana dalam kehidupan manusia.

Satu lagi faktor yang penting adalah jenis makanan yang dimakan apakah halal atau haram. Halalan toiyiba akan membawa keberkatan.
Contoh tauladan ibu bapa amat penting dalam kehidupan anak-anak kita. Kalau ibu ayah asyik berperang tiap hari maka anak-anak akan menjadi manusia yang bengis dan senang berkelahi. Dalam bahasa Inggeris disebut menjadi fighter.


Mari kita muhasabah diri, bertaubatlah kerana manusia tak pernah lari dari melakukan dosa. jangan tunggu dah tak larat nak berdiri baru nak taubat. Nanti dikuatiri terlambat.
Kasih sayang perlu diusahakan bukannya datang sendiri.

Wassalam

No comments:

Post a Comment