Saturday, May 15, 2010

Waktu saya check in di KLIA saya menggunakan mesin otomatik. Jadi tak perlu beratur panjang. Agak pelik kemudahan yang sebegini tak ada di Changi Airport. Paspot kita juga pakai cek secara otomatik tapi di singapore masih pakai manual. Agak menghairankan kerana biasanya Singapore sangat terkedepan dalam soal teknologi ni. tentu ada sebab kenapa mereka memilih menggunakan cara konvensional.
Bila present paper lagilah pelik. Di atas rostrum kok tak ada lap top yang disediakan. Speaker cuma dibekalkan remore control dan bila buat presentation kena sentiasa melihat kepada skrin .Jadi teleng leher dibuatnya. Perkara ini sendiri di komen oleh Chairman pada hari pertama tapi hari keduapun macam tu juga. jadi pihak penganjur tak sensitif dengan komen ini. bila saya buat presentation pada hari kedua maka saya menyiapkan print out presentation saya dan saya gunakan untuk membacanya. Jadi tak perlu teleng leher melihat ke skrin. Jadi presentation saya lebih lancar dan saya lebih berkeyakinan membuat presentation.

Sambutan para peserta amat membanggakan.Lepas saya membuat presentation memang ramai peserta yang datang berbincang dengan saya dan ada yang memohon agar di emailkan summary presentation saya kepada mereka. Saya rasa amat di hargai kerana peserta datang dari seluruh pelosok dunia. Paling tidak mereka menghargahi speaker dari Malaysia.

Bila nak makan tengahari saya terpaksa naik teksi ke Beach road untuk makan di gerai milik orang Islam. Pelik juga kerana tambang yang dikenakan tak sama selama empat kali saya berulang alik ke tempat tersebut. Hari pertama saya pergi kena bayar Sing.dollar 5.20 , bila balik bayar Sing.dolar 7 . Besoknya waktu pergi kena Sing.dolar 6.40 tapi baliknya kena Sing.dolar 7.20 . Kesemua teksi menggunakan meter tapi kok harganya berbeza-beza. Mungkin jalan yang diikut tak sama. Entahlah saya rasa macam sama saja.
Teksi di Singapore ni memang menunjukkan skrin meter dan nama pemandu pada penumpang. Di tempat duduk ada disebutkan jika anda meminta jalan tertentu untuk sampai ke tujuan sila maklumkan pada pemandu. patutlah pemandu bertanya saya jalan mana nak ikut. Saya jawab terserah kamulah. Saya juga beritahu saya dari Malaysia bukan orang tempatan. Entahlah mungkin kerana dengar orang luar dia caj berlainan.

pemandu teksi semua speaking tapi ada juga yang boleh cakap Melayu. Pemandu pertama dan pemandu yang membawa saya ke airport boleh cakap Melayu. Malah yang terakhir ni boleh cakap Indon. Ya maklum pemandu teksi ramai jumpa berbagai jenis manusia. Tak hairan jika mereka boleh berbahasa berbagai jenis bahasa.

Semua pemandu teksi amat berbangga dengan mengatakan di Singapore sangat aman. tak ada jenayah dan penagih dadah kerana ketegasan undang-undang. Mereka kata mereka tenang tinggal di Singapore walaupun semuanya mahal.Saya tanya juga sering ek Malaysia ke? mereka jawab ada jugalah tapi tak selalu. Ada juga pemandu yang mempunyai saudara mara di Malaysia.

Insya Allah akhir Jun nanti saya akan ke Singapore lagi untuk present satu lagi kertas kerja. Dah rezeki nak jadi ingternational speaker.

Wassalam

No comments:

Post a Comment