Friday, May 21, 2010

Pagi semalam saya menghadiri perbincangan yang diancurkan oleh APHM iaitu persatuan hospital-hospital swasta di Malaysia. Perbincangan berkisar tentang beberapa perkara penting yang melibatkan hospital swasta. Pertama yang disentuh adalah Hospital Board of management. Menurut akta Syarikat 1965 Board adalah badan tertinggi dalam sesuatu organisasi swasta. Jadi tidak timbul isu tentang keperluan untuk mengadakan Board of directors. Tentang perlaksanaan di peringkat hospital maka terserah kepada pihak hospital yang berkenaan sama ada untuk mengadakan satu lagi atau beberapa lagi organisasi di bawah Board of director.Jadi peserta diminta menyerahkan cadangan secara bertulis kepada APHM untuk disampaikan kepada Kementerian Kesihatan.
Perkara kedua yang disentuh adalah mengenai Person in Charge atau PIC. Menurut PHFSA 2006 PIC mestilah seorang doktor perubatan tetapi tidak dinyatakan sama ada ia mesti doktor pakar ataupun tidak. Jadi akta tidak menyatakan secara pasti mengenai perkara ini. Ada hospital swasta yang melantik doktor umum untuk menjadi PIC sedangkan sesetengah hospital lain melantik salah seorang pakar untuk menjadi PIC. Masalah akan timbul dari segi wibawa apabila PIC terdiri dari doktor umum kerana kebanyakan doktor yang membuka klinik di hospital swasta adalah doktor pakar. Jadi rasa hormat tu tidak akan ada jika PIC adalah doktor umum. Sebaiknya PIC mestilah doktor pakar untuk memudahkan kerja pentadbiran. Ada segelintir peserta yan sering menyebut risioko masuk penjara jika menjadai PIC kerana dalam akta ada disebutkan. Jika di teliti secara mendalam CEO juga boleh dimasukkan ke dalam penjara dibawah akta Company Act 1965 jika pecah amanah. Jadi isu siapa yang akan masuk penjara tidak timbul kerana ianya tak akan terjadi jika pemegang amanah melaksanakan amanah dengan betul, tak kiralah PIC atau CEO.

Ada juga peserta yang mempertikaikan keperluan CEO dihospital kerana dalam akata tak ada disebutkan jawatan CEO. Diperjelaskan oleh pengerusi perbincangan bahawa CEO mewakili Board of Directors dan mereka dilantik oleh BOD. Board adalah pentadbir tertinggi di dalam sesuatu organisasi. Jadi keujudan CEO adalah termaktub di dalam Akta Syarikat yang mengawal perjalan sesebuah hospital swasta. Isu ni timbul kerana ada peserta yang tak faham apa itu akta syarikat dan apa itu Board di dalam sesebuah syarikat. Hospital swasta adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965.

Selanjutnya dibincangkan tentang peranan PIC dan CEO, siapa yang lebih tinggi dan siapa yang perlu melapor kepada siapa. Kesimpulan dalam perbincangan tersebut adalah perana PIC adalah sebagai penasihat CEO dalam kontek klinikal di hospital swasta. Perjalanan business adalah dibawah kawalan CEO sepenuhnya. Jadi tak timbul isu pertindihan kerja atau konflik.Pihak Kementerian Kesihatan memperakui perkara ini dan perjalanan sesebuah hospital swasta tidak sepatutnya menghadapi masalah jika struktur ini diikuti.

Juga disentuh tentang ketua klinikal untuk sesuatu disiplin seperti Perubatan, Bedah , Perbidanan dan sebagainya. Tentu yang perlu mengetuai disiplin ini adalah seorang doktor pakar. Perlahsanaan dasar dilaksanakan oleh unit manager sesebuah wad atau services.

Ada juga cadangan dari peserta tentang keperluan akta ini patut dilaksanakan di hospital milik kerajaan kerana mereka juga menyediakan perkhidmatan kepada pesakit. Kenapa akta ini hanya dibatasi kepada hospital swasta sahaja sedangkan hospital kerajaan lebih besar dan lebih banyak. kenapa mereka diberi pengecualian.

Akhir sekali adalah mengenai cadangan untuk memindah charges pada schedule 13 di bawah PHFSA 2006. MMA telah menyerahkan cadangan kepada kementerian agar meminda daftar charges pada schedule 13 kerana dirasakan sudah sampai masanya mereka menuntut kenaikan charges .Cuma jumlah kenaikan yang diminta agak tinggi iaitu sebanyak 20% dari jadual yang sedia ada. Walau bagaimana pun ianya tertakluk kepada kelulusan Parlimen kerana sesuatu akta hanya boleh dipinda bila diluluskan oleh Parlimen.

Perbincangan selesai sekitar jam 12 tengahari.
Wassalam

No comments:

Post a Comment